Followers

Wednesday, June 23, 2010

Seminar di Frankfurt, Germany

Membentang Kertas Kerja di International Seminar Trade and Finance in The Malay World: Historical and Cultural which took place at the Goethe-University of Frankfurt, Germany, 17-18 June 2010

University of Frankfurt, Westend Campus

Central Station of Frankfurt am Main

Central Station

Bandaraya Frankfurt dari Frankfurt Tower

Frankfurt Tower

Kembara Paris

Grand Hotel De Paris, Gare De L'est

Bersama teman-teman Technip yang bekerja di Paris

Bandaraya Paris dari Menara Eiffle

Bandaraya Paris Dari Menara Eiffle

Eiffle Tower

Eiffle Tower

Kembara London

The East London Mosque, White Chapel, London


Underground

South Kensington Garden

Science Museum

Ripley's Believe It Or Not

Oxford Street

Imperial College

Harrod

British Library, St. Pancras

Tower Bridge

Monday, June 21, 2010

Apa Dah Jadi... Menteri Islam Sokong Judi, Menteri Bukan Islam Tolak Judi


Apa dah jadi ni .... Menteri Melayu Islam sokong pemberian lesen judi, manakala menteri Cina bukan Islam menolak judi. Renung-Renungkanlah...... Untuk keterangannya, sila baca laporan berita berikut yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010....

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.

Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.

"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.

Sunday, June 20, 2010

Kembali ke Malaysia

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 10 hari di Doha, London, Paris & Frankfurt, saya telah selamat sampai ke KLIA pada petang semalam Sabtu 19hb Jun 2010 melalui penerbangan Qatar Airways. First time naik kapal terbang Qatar ni, rasanya selesa jugak... apatah lagi dalam perjalanan balik tiket ekonomi telah di'upgrade' secara percuma ke tiket 'business class'. Cuma cuaca di Qatar agak panas, waktu malamnya sahaja mencecah 35 darjah Celcius... berbanding kat Europe yang masih boleh dikira sejuk sebab suhu di sekitar 15 - 20 celcius. Perjalanan agak memenatkan tetapi memberikan banyak pengajaran, pengiktibaran dan pengalaman.

Sunday, June 13, 2010

1001 Inventions

Satu pameran yang agak menarik sedang berlangsung di Muzium Sains di South Kensington, London. Pameran berkisar tentang "1001 Inventions : Discover The Muslim Heritage In Our World". Pameran ini berjaya mengetengahkan kehebatan saintis muslim yang merupakan pelopor kepada penciptaan teknologi dan perkembangan sains.


Berita Dari London

Di London sekarang ni waktu siang lebih panjang dari waktu malam. Waktu Subuh masuk pada pukul 2:26 pagi, Syuruk pukul 4:43 am, Zohor 1:01 , Asar 5:23, Maghrib pukul 9:18, dan Isyak pukul 11.22 malam. So, beza antara waktu Isyak dan Subuh hanya lebih kurang 3 jam sahaja. Nampaknya, tak boleh ler tido lepas Isyak, tapi kena tido lepas Subuh.

Berita menarik dalam surat khabar The Asian Journal semalam ialah : "Prince Charles wants world to follow Islam to save environment". In a high-profile speech at Oxford University, Prince Charles has urged the world to follow Islamic 'spiritual principles' in order to save environment.