Followers

Wednesday, December 29, 2010

Friday, December 24, 2010

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang


Tahniah kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa, teruskan usaha untuk memperoleh keputusan yang terbaik semasa SPM nanti. Apa pun perlu juga diingat bahawa kecemerlangan ukhrawi juga perlu diambil berat agar tidak menyesal di kemudian hari.

Nampaknya keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains juga menunjukkan peningkatan. Saban tahun, biasanya kita mendengar keputusan meningkat. Akan tetapi, ada sesuatu yang menimbulkan persoalan mengenai peningkatan ini.

Mengikut maklumat yang disampaikan oleh para guru, tidak susah untuk meningkatkan sesuatu pencapaian dalam mana-mana matapelajaran. Contohnya, sekiranya dikehendaki pada tahun ini subjek Sains meningkat peratusannya, maka diturunkan graf bagi subjek tersebut. Natijahnya pelajar yang tidak sepatutnya memperoleh 'A' akan mendapat 'A', begitu juga pelajar yang asalnya tidak lulus akan lulus, ekoran graf yang diturunkan. Kalaulah benar perkara seumpama ini berlaku, maka tidak harus dibanggakan kalau berlakunya peningkatan dalam keputusan peperiksaan kerana semuanya boleh dirancang!.

Monday, December 20, 2010

Hukum Menyambut Krismas


Oleh: Ustaz Shauqi

Beberapa hari lagi, penganut Kristian akan menyambut hari raya Krismas. Gedung-gedung perniagaan dan supermarket semakin rancak mempromosikan krismas melalui Santa Clausnya. Cuma, yang menjadi persoalan ialah mengapakah terdapat dalam kalangan umat Islam yang turut seronok dan bergembira dengan kedatangan Krismas? Apakah umat Islam boleh menyambut Krismas sebagai suatu perayaan yang disambut dengan penuh bermakna?

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.

Suntikan HPV


1. What is HPV?

HPV (human papillomavirus) is a virus that is common in the United States and around the world and can cause cancer and genital warts. HPV is spread through sexual contact. There are about 100 types of HPV. HPV is the major cause cervical cancer in women and is also associated with several other types of cancer in both men and women. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)

HPV ini adalah virus yang merebak melalui hubungan seks lebih-lebih lagi seks rambang (promiscuous)

Persoalan kita nak tanya : adakah anda tergolong dalam golongan yang buat seks tanpa nikah, seks rambang atau seks bebas?


2. Why is HPV vaccine recommended for girls 11 to 12 years of age?

It is important for girls to get HPV vaccine before they become sexually active. The vaccine is most effective for girls/women who get vaccinated before their first sexual contact. It does not work as well for those who were exposed to the virus before getting the vaccine. However, most women will still benefit from getting the vaccine because they will be protected against other virus types contained in the vaccine. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)

Dengan jelas di sini kenapa perlu diberi kepada seawal usia remaja. Supaya apabila mereka melakukan seks (dah tentu tak kahwin), mereka akan dapat diselamatkan. Apa sebenarnya yang mereka nak ajar, iaitu supaya kita juga rosak seperti mereka. Mereka di sini merujuk kepada Barat yang memang sistem mereka sudah rosak, remaja seawal usia sudah melakukan seks bebas. Adakah ini yang kita nak bawa dan ajarkan di Malaysia? Terang-terang mereka ingin menolak taqdir Allah jika melakukan dosa iaitu cuba melawan ketentuan Allah yang akan menurunkan bala/bencana berupa penyakit jika melakukan dosa terutama dosa berkaitan dengan seks.

Sebab itu kita ada hukum yang Allah tentukan bagi pelaku seks tanpa nikah ini, 'rawatan' atau vaksinnya sudah ada. Tetapi orang Yahudi yang mengawal industri pharmaceutical tetap mahu membuat 'ubat' untuk melawan ketentuan Allah yang menurunkan bala/bencana berbentuk penyakit kepada pelaku dosa dan maksiat.

Link berikut ini adalah sebagai bahan bacaan ringan bagi pengamal perubatan yang anti-jew. (http://www.bamboo-delight.com/Anti-Jew%20Medicine.htm)

Yang mudah untuk dibaca lagi, senarai kekuatan jews who run the world. (http://www.goodnewsaboutgod.com/studies/political/jews/jews_run_world.htm)

3. Can HPV be treated?

There is no treatment for HPV. But there are treatments for the health problems that HPV can cause, such as genital warts, cervical cell changes, and cancers caused by HPV. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)

Persoalan kita : terang-terang tulis HPV tidak boleh dirawat. Sekadar untuk menghilang problem daripada HPV. sahlah, memang tiada rawatan seperti AIDS, hanya 'rawatan' daripada Allah sahaja yang mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

4. Will girls/women be protected against HPV and related diseases, even if they don’t get all three doses?

It is not yet known how much protection girls/women would get from receiving only one or two doses of the vaccine. For this reason, it is very important that girls/women get all three doses of the vaccine. (Source: http://depts.washington.edu/hhpccweb/article-detail.php?ArticleID=340&ClinicID=17)

Persoalan kita : kenapa kelakar sangat kajian dalam ilmu farmasi ini. Tak tahu berapa banyak protection yang dapat jika 1 atau 2 dos sahaja yang didapatkan. Oleh itu, reasonnya untuk dapat full protection, kena 3 dos... bukan ke ada unsur2 penipuan dan ketidakbijakan di situ..

5. Study Reveals Serious HPV Vaccine Problems: Fainting, Blood Clots, Death Among Risks.

Kajian telah dibuat dan report serta tulisan juga boleh di'google' di Internet mengenai perkara ini. Ada ulasan dan laporan daripada pesakit sendiri termasuk juga jawapan daripada doktor untuk mempertahan vaksin ini. Even, ada yang MATI, yang mengandung daripada 42 orang, 18 samaada keguguran atau abnormalities. Baca link di bawah:

a. http://www.naturalnews.com/027017_HPV_HPV_vaccine_blood.html
b. http://articles.cnn.com/2008-07-07/health/cervical.cancer.vaccine_1_hpv-vaccine-gardasil-cervical-cancer?_s=PM:HEALTH
c. http://www.cbsnews.com/stories/2008/07/07/earlyshow/health/main4236581.shtml
d. http://www.usatoday.com/news/health/2008-08-20-hpv-QnA_N.htm
e. http://realchoice.blogspot.com/2007/09/more-hpv-vaccine-problems.html
f. http://realchoice.blogspot.com/2007/09/more-hpv-vaccine-problems.html
g. http://www.sarahiduponline.com/?p=138 --> pandangan ibu kenapa anaknya tidak perlu mendapatkan vaksin

Monday, December 13, 2010

Sanggahan Terhadap Pandangan Mengharuskan Bersanding


Soalan:

SAYA ingin mengetahui penjelasan mengenai hukum naik pelamin atau pun membuat pelamin untuk kenduri kahwin.

Saya runsing memikirkan hal ini kerana akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi


RUNSING
Pulau Pinang

Jawapan Dalam Metro:

Perkahwinan adalah ikatan suci yang sunnah daripada Nabi SAW.

Disunatkan juga mengadakan kenduri kahwin yang bertujuan mengumumkan pasangan bagi mengelakkan fitnah serta berkongsi kegembiraan dengan masyarakat.

Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.

“Ketika sahabat Abdul Rahman bin ‘Awf berkahwin, Rasulullah bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”

Sebahagian besar masyarakat kita mengumum dan memperkenalkan pengantin melalui pelamin di mana mereka disandingkan sebagai cara diperkenalkan pada umum.

Adat setempat tidak disanggah agama selama mana tidak bercanggah akidah dan syariat.

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hukumnaikpelamin/Article/index_html)

Sanggahan Terhadap Pandangan Tersebut:

Jawapan yang telah diberikan mengenai hukum bersanding di atas yang 'mengharuskan' perbuatan bersanding tersebut adalah beralasan untuk memperkenalkan pengantin. Sedangkan apa yang ada dalam sunnah nabi ialah memperkenalkan pengantin itu ialah dengan mengadakan kenduri walau dengan seekor kambing bukannya mengadakan adat bersanding yang mengandungi banyak perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Jadi alasan yang diberikan tidak bertepatan dengan dalil dan hujah yang dikemukakan.

Dalam Islam, adat yang diamalkan oleh masyarakat adalah diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam. Adat yang diharuskan ini ialah adat yang berkonsepkan demokrasi dan permuafakatan dan tidak bertentangan dengan agama Islam, sesuai dengan kata-kata ‘adat bersendi syarak dan syarak bersendi Kitabullah’ dan sesuai pula dengan perbilangan 'Adat bersendi Hukum' dan 'Hukum bersendi Kitabullah'.

Namun, kadang-kala masih terdapat dalam masyarakat Melayu golongan yang lebih mengutamakan adat daripada hukum syarak. Lalu, segala bentuk adat yang wujud akan diamalkan tanpa merujuk terlebih dahulu sama ada ada ia sesuai dan bertepatan dengan hukum syarak atau sebaliknya. Perbuatan ini lahir daripada sikap suka meniru amalan yang dilakukan sejak turun-temurun tanpa memikirkan implikasi amalan tersebut dari segi syarak dan akidah Islam. Apatah lagi, kedangkalan ilmu juga menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan adat yang bercanggah dengan syarak terus dijunjung.

Sebagai orang Islam, kita berkewajipan untuk menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai kayu pengukur dalam menentukan segala tindakan dan amalan kita seharian. Ini adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-dua perkara tersebut, iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabinya'.(Hadis riwayat Imam Malik). Apatah lagi firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 102 bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam.' Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah berpandukan dengan cara Islam, daripada saat dilahirkan sehinggalah saat dikebumikan.

Dalam masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini, terdapat banyak adat yang sudah ditinggalkan apabila diketahui ianya bercanggah dengan hukum syarak. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir golongan yang masih degil yang tetap mempertahankan adat walaupun diketahui sesetengah adat itu merupakan saduran daripada pegangan dan amalan agama selain Islam seperti Hindu, Buddha, Aminisme dan sebagainya. Tambah mendukacitakan lagi, apabila sesuatu adat yang diamalkan itu boleh membawa kepada khurafat dan syirik kepada Allah s.w.t.

Dalam Islam, keutamaan dalam pemilihan pasangan untuk berkahwin adalah berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Pemilihan yang seumpama ini adalah supaya 'bahtera kehidupan' yang bakal ditempuh akan berasaskan sesuatu yang diredhai oleh Allah bermula sejak dari hari perkahwinan sehinggalah melahirkan zuriat yang soleh. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytihar sebagaimana sabda nabi yang bermaksud: 'buatlah kenduri walau dengan seekor kambing'.(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Namun sesuatu yang malang terjadi apabila kenduri perkahwinan yang dilaksanakan itu bercampur dengan adat-adat yang tidak bertepatan dengan hukum syarak seperti upacara persandingan yang masih diamalkan oleh masyarakat sehingga ke hari ini. Dalam upacara persandingan, diadakan bertepung tawar, melontar beras dan sebagainya. Tidakkah melontar beras itu melibatkan suatu pembaziran yang diharamkan di dalam Islam? Atau ia dilakukan kerana terpengaruh dengan orang beragama Hindu yang mempercayai 'semangat' yang ada pada padi?

Manakala upacara bertepung tawar, ia seharusnya dilihat dengan lebih teliti tujuan dibuat perkara tersebut. Ini kerana dibimbangi ia melibatkan pengaruh perkara-perkara khurafat. Ini kerana, masyarakat Melayu dahulu-kala ketika hendak belayar di lautan, terdapat upacara menurunkan perahu atau kapal yang baru ke laut. Upacara ini di lakukan oleh Tok Bomoh dengan harapan perahu dan kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mantera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya. Pada hari ini, terdapat pula upacara menepung tawar terhadap kenderaan yang baru dibeli atau rumah baru yang ingin didiami. Apakah upacara menepung tawar ini ada kaitan dengan amalan masyarakat Melayu dahulu-kala yang bercanggah dengan syarak itu? Tidak cukupkah doa yang dipohon kepada Allah agar kenderaan yang baru dibeli itu selamat di sepanjang perjalanan, di samping doa khusus yang dibaca setiap kali menaiki kenderaan dan memulakan perjalanan?

Berbalik kepada upacara persandingan, ianya masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dengan berleluasa dalam negara kita. Seolahnya-olahnya, sesuatu perkahwinan itu tidak berseri tanpa persandingan. Ada pula yang berpendapat, apa salahnya perbuatan tersebut untuk seumur hidup sekali agar ia menjadi kenangan abadi hingga ke anak cucu. Lalu upacara persandingan ini terus dilakukan dalam upacara perkahwinan, termasuklah segelintir 'orang surau' yang mengetahui bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan syarak, tetapi tetap melakukannya.

Para ulama' dengan jelas menyatakan bahawa upacara persandingan itu adalah sesuatu yang haram apabila ia ditonjolkan di khalayak ramai yang bukan mahram. Walau bagaimanapun para ulama berbeza pendapat dalam mengetengahkan punca dan sebab ia diharamkan. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa bersanding itu haram kerana ia merupakan amalan baru yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w mahupun pada zaman para sahabat.

Pendapat seterusnya ialah berdasarkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak semasa upacara persandingan seperti pakaian yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, pengantin perempuan memakai wangi-wangian yang boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya.

Begitu juga dengan soal pembaziran yang begitu ketara berlaku apabila wujudnya upacara persandingan ini. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sahaja menelan belanja yang besar yang kadang-kala menjangkau ribuan ringgit. Perbuatan membazir seumpama ini jelas diharamkan di dalam Islam. Firman Allah swt dalam surah al-Isra' ayat 27 bermaksud: "Sesungguhnya orang yang boros dan membazir adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Terdapat pandangan ulama yang berpendapat bersanding merupakan sesuatu yang jelas keharamannya kerana ia adalah warisan dan ikutan daripada amalan masyarakat Hindu. Persandingan merupakan salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Tok Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta dipuja sepertimana orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

Umat Islam dilarang sama sekali untuk mengikut dan meniru amalan orang kafir, apatah lagi yang berkaitan dengan akidah dan kepercayaan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 'sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari golongan mereka.' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Apabila diketahui sesuatu adat itu berasaskan perkara yang bercanggah dengan syarak, maka sewajarnya kita tidak berlengah lagi untuk meninggalkan adat tersebut demi mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Adat yang boleh diamalkan ialah adat yang bersendikan syarak!

Thursday, December 9, 2010

Friday, December 3, 2010

Thursday, December 2, 2010