Followers

Sunday, May 19, 2013

Mini Karnival


Kekeliruan Mengenai Industri Kewangan Islam





Terus terang saya katakan, kenyataan Ustaz  itu, tidak up-to-date kerana tidak mengambil kira fakta sebenar industri kewangan (latest updates) dan tidak disokong dengan ilmu perancangan kewangan yang luas. For a layman yang tak tahu apa apa pasal industri kewangan dan financial planning, memang boleh percaya sahaja apa yang cuba disampaikan. But to someone yang professionally-trained in financial planning, saya bukannya mudah untuk dikelentong dengan maklumat yang tidak disampaikan sepenuhnya (hidden facts).

KOMEN:

ADAKAH SEMUA PROFESSIONALLY-TRAINED IN FINANCIAL PLANNING BEGITU?
DON’T BE A STEREOTYPING PERSON.



First of all, saya nak tanya - sejak bila produk kewangan boleh diislamkan? Sebab biasanya, orang masuk islam, dia perlu mengucap terlebih dahulu. Sejak bila produk kewangan pun dah pandai mengucap masuk islam? I know ini mungkin soalan bodoh, tapi cuba anda fikir logiknya apabila seseorang menyatakan produk kewangan boleh diislamkan.

Jawapan:

Produk kewangan boleh diIslamkan sejak 1400 tahun dahulu. Umpanya Jual beli dengan barang tertangguh dengan istilah Bay’ Assalam. Pada zaman Rsulullah di Madinah lagi terdapat produk ini sebelum hijrah Baginda di Madinah. Baginda mendapati amalan jual beli produk ini bertentangan dengan Muamalat Islam kerana mengandungi elemen gharar (uncertainty) di mana penjual tidak menyatakan ciri-ciri secara terperinci dari sudut masa penyerahan barang dalam jualan tersebut. Maka Rasulullah menegur dan meminta penjual memperincikan masa penyerahan barang jualan tersebut supaya ia jelas selepas pembeli membayar wang pendahuluan atau wang sepenuhnya pada masa kontrak.  Sekiranya ini dapat dilakukan elemen gharar (tak pasti) dapat dihilangkan dalam produk kewangan tersebut dan menepati Islam.

Amalan sekarang dilakukan dalam kontrak hadapan (Futures Contract) yang bercanggah dengan muamalat Islam kerana mengandungi elemen Gharar. Tetapi sekiranya dengan kaedah Assalam ia diharuskan kerana tiada unsure Gharar.

Jadi jawapannya produk kewangan boleh diIslamkan dengan kaedahnya yang tertentu (produk tak perlu mengucap 2 kalimah syahadah)sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah pada Assalam sebagai contoh.

SEBAB ITU KENA FAHAM TERLEBIH DAHULU APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH, BARU BOLEH KOMEN…JANGAN DOK KOMEN SEMBERONO AJE TANPA ILMU!!

 

Kedua, saya nak tanya - adakah institusi kewangan islamik faham apa maksud riba? Saya mendapati institusi kewangan cuba mengelirukan orang ramai dengan menyatakan riba itu bermaksud interest. Asal sebut interest, sure haram!! Tapi, kalau istilah interest ditukar kepada istilah lain seperti profit, maka apa jua "bayaran lebih" yang dikenakan ke atas pinjaman, boleh dihalalkan.

Jawapan:

Saudara kena faham asas perbezaan diantara perbankan Islam dan konvensional adalah kontrak. Kontrak di dalam perbankan Islam adalah berasaskan kontrak jual beli manakala kontrak di dalam perbankan konvensional adalah kontrak pinjaman wang. Pemakaian term profit dalam perbankan Islam adalah kerana asas kontraknya adalah jual beli dan bukan sekadar penukaran terma dari interest kepada profit. Caj tambahan ke atas harga kos adalah keuntungan kepada penjual. Tetapi perbankan Islam tidak boleh mengenakan caj tambahan di atas kelewatan membayar ansuran pembiayaan kecuali caj pentadbiran sahaja. Walaubagaimanapun perbankan Islam dimestikan mengenakan 1% charge oleh BNM. This is directive by BNM! Why? To educate peole to pay early. This is directive!

Di dalam hal perbankan konvensional pula, interest adalah caj ke atas pinjaman maka dia adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman wang maka ia adalah riba…..iaitu riba Nasi’ ah. Caj ke atas kelewatan adalah Riba Jahilliah.

JELAS SEKALI SAUDARA MASIH TAK FAHAM APA ITU RIBA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM!!



Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Jawapan:

Betul kata saudara, riba adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman sebagaimana amalan perbankan konvensional. Perbankan Islam menggunakan kontrak jual beli barang (Sila Rujuk Buku tulisan Dr. Mukmin dalam hal ini:Sistem Kewangan Islam (Keluaran JAKIM). Beliau adalah Pensyarah UM yang tidak memegang jawatan di perbankan Islam. Saudara tentu puas hati kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam perbankan untuk menghuraikan hal ini.



Kalau dulu, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Kini, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi) adalah bukan riba dan bukan satu penganiayaan. Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz yang dibayar gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga welfare pelabur pelabur mereka (ye lah sebagai pelabur, mereka pun nak untung juga). Riba (bayaran lebih ke atas pinjaman) pun boleh dihalalkan?

Jawapan:


Rujuk penjelasan di atas mengenai perbezaan jual beli dengan pinjaman. Ini berkaitan dengan krisis harga. Rujuk Surah Al Baqarah ayat 275-281.

KENA FAHAM ASAS PERBEZAAN ANTARA JUAL BELI DAN RIBA…SEBAB ITU ALLAH SUDAH MENERANGKAN DALAM AL-QURAN BAHAWA ORANG JAHILIYYAH MENGANGGAP BAHAWA JUAL BELI DAN RIBA ITU SAMA SAHAJA TETAPI ALLAH MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA DENGAN MENYATAKAN TIDAK SAMA! ALLAH MENGHALALKAN JUAL BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA!

JANGAN JADI MACAM ORANG JAHILIYYAH YANG TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA JUAL BELI DAN RIBA!!


 

Tuesday, May 14, 2013

Amalan Bulan Rejab

 

 
Ramai orang bertanya tentang kesahihan puasa sunat bulan Rejab. Sebenarnya, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Oleh itu, secara umumnya, sunat berpuasa pada bulan Rejab ini apatah lagi sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Namun, anggapan sesetengah orang tentang fadhilat puasa bulan Rejab yang diwar-warkan sejak sekian lama.... kononnya ganjaran puasa bulan Rejab ini akan mendapat pahala yang amat banyak, adalah tidak sahih, bahkan banyak fadhilat-fadhilat tersebut disandarkan kepada hadis palsu. Ada orang menyatakan bahawa untuk mendapat fadhilat dengan 'sebenar' ialah hendaklah berpuasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Anggapan seumpama ini juga adalah tidak benar.

Nabi sendiri tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Manakala hadis yang sering-kali diwar-warkan apabila datangnya bulan Rejab iaitu... “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Justeru, ia tidak sepatutnya disebarkan kerana ia tidak datang daripada nabi sebaliknya ia adalah hadis palsu yang direka.

Kesimpulannya, banyakkanlah ibadat pada bulan Rejab sama ada berpuasa, bersedekah, berzikir dan sebagainya.... namun ganjaran dan pahalanya terserah pada Allah... sekiranya ibadah-ibadah tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah.