Followers

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Cerpen - Kota Sydney - bhg 4







Di hadapan Muhammad Ramadan berdiri cegat warga Australia tersebut. Bermata bulat, berambut perang, memakai seluar jeans dan t-shirt tertera perkataan ‘war’. Umur dalam lingkungan 30 an, Nampak sasa dan tegap. Matanya yang bulat dan kebiruan itu memandang tepat ke wajah Muhammad Ramadan, seolahnya tersirat sesuatu. Muhammad Ramadan menjadi sedikit kaget. “Apa tujuan lelaki ini…”, fikir Muhammad Ramadan sendirian. “Kalau niatnya baik, Alhamdulillah… tetapi kalau niatnya jahat, ku akan pertahankan kesucian masjid ini dengan segala kudrat yang ada”, bisikan hati kecil Muhammad Ramadan. 

Muhammad Ramadan bukan calang-calang orang. Walau agak sedikit risau dengan kehadiran lelaki Australia yang datang dengan tidak semena-mena itu, tetapi pengalamannya yang luas dalam dakwah terhadap remaja dan pemuda jalanan di Sydney membuatkan hatinya cekal dan tabah. Niatnya hanya untuk menyampaikan mesej Islam agar difahami oleh warga Sydney. Kalau pun mereka tidak menerima Islam sebagai anutan , sekurang-kurangnya mereka tidak bermusuh dengan orang Islam setelah mengetahui tentang ajaran Islam sebenar.

Muhammad Ramadan faham benar dengan sikap orang Australia. Muhammad Ramadan sudah tinggal di Australia lebih daripada 30 tahun. Beliau sendiri sudah mendapat kerakyatan Australia. Anak-anaknya lahir dan membesar di Kota Sydney. Namun begitu, Muhammad Ramadan tetap mengekalkan jati dirinya sebagai seorang Melayu.

Bersambung .... 

Cerpen - Kota Sydney - Bhg 3







Ketika golongan Thaqif di Ta’if menolak mentah-mentah dakwah dan seruan nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan rahmat baginda kepada mereka tetap terserlah. Puak Thaqif di Ta’if bukan sahaja menolak dakwah nabi, bahkan mereka juga bertindak secara kekerasan pada baginda. Mereka mengarahkan hamba abdi, khadam dan budak-budak nakal Bani Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu sehingga luka kedua-dua belah kaki baginda. Zaid Bin al-Harithah yang mengiringi Rasulullah ke sana cuba melindungi baginda daripada serangan dan lontaran budak-budak nakal itu sehingga luka beberapa tempat di kepalanya.

Dalam suasana yang getir itu, Rasulullah terus bersabar dan menadah tangan berdoa pada Allah: ‘Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu keda’ifan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Dikaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Dikaulah Tuhanku, kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaan Mu ke atasku, maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Mu lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat, aku berlindung daripada kemarahan dan kemurkaan Mu ke atasku. Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan daya upaya (kekuatan) kecuali dengan apa yang diberikan oleh Mu, Ya Allah’.

Setelah itu, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa Allah SWT telah mendengar setiap perkataan puak yang menolak seruanmu serta tindakan mereka terhadapmu.  Allah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk kau, dan suruhlah dia buat apa sahaja yang engkau mahu. Lalu malaikat penjaga gunung itu pun datang dan memberi salam kepada Rasulullah dan berkata, ‘aku ini malaikat segala gunung diutus oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa sahaja terhadapku apa yang engkau kehendaki. Sekiranya engkau mahu, aku akan menghempap bukit al-Akhsyabin ke atas mereka!. Jawab Rasulullah SAW: ‘Bahkan apa yang aku mahu ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu mereka) golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu’. Begitulah hebatnya sifat rahmat yang ada dalam diri Rasulullah sehingga baginda tetap mengharapkan kebaikan akan wujud daripada golongan yang jelas menentang baginda.

Rasulullah SAW juga mempunyai sifat rahmat dan belas kasihan kepada kanak-kanak. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW mencium al-Hasan dan al-Husin dengan penuh kasih sayang. Ketika itu al-Aqra’ Bin Habis al-Tamimi memerhatikan perbuatan baginda, lalu beliau berkata: ‘aku mempunyai sepuluh orang anak, dan aku tidak pernah mencium walau seorang pun daripada mereka’. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: ‘Sesiapa yang tidak mempunyai sifat rahmat, dia tidak akan dirahmati’.

Rasulullah SAW juga mempunyai sifat rahmat dan belas kasihan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang sakit. Rasulullah sentiasa memberikan makanan kepada golongan-golongan ini. Selain itu, Rasulullah juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi orang miskin, terutamanya orang sakit dan orang yang meninggal dunia dalam kalangan mereka. Begitu juga, Rasulullah amat prihatin terhadap kebajikan anak-anak yatim dan baginda memerintahkan umat Islam agar berbuat baik kepada anak-anak yatim.

Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat terhadap para sahabat baginda. Baginda akan turut berasa sedih apabila seseorang sahabat mendapat kesusahan atau berada dalam kesedihan. Ketika nabi menziarahi jenazah Uthman Bin Maz’un, baginda mencium di antara dua mata jenazah sambil air mata baginda mengalir, sehingga Aisyah menyatakan bahawa aku nampak air mata nabi mengalir di atas pipi Uthman. Begitulah sifat rahmat dan belas kasihan yang ada pada diri Rasulullah SAW.

Sifat rahmat Rasulullah bukan sahaja pada manusia, bahkan pada haiwan dan binatang. Rasulullah berwasiat agar bersikap rahmat terhadap haiwan, dan melarang daripada menyakiti haiwan dengan apa cara sekali pun. Rasulullah juga melarang daripada sengaja duduk di atas tunggangan binatang dalam jangka waktu yang panjang sekiranya tanpa sebarang keperluan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘Tunggangilah ia (binatang) dengan baik, dan tinggalkannya dengan baik, dan janganlah kamu menjadikannya sebagai kerusi (tempat duduk) sedangkan kamu berbicara panjang di jalan dan di pasar, mungkin yang ditunggang itu lebih baik dan lebih banyak mengingati Allah daripada yang menunggang’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Ya’la dan al-Tabrani).

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘seorang wanita masuk neraka hanya kerana seekor kucing, beliau mengikat dan mengurungnya dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan untuk dimakan’. Rasulullah juga melarang membunuh binatang dengan tidak ada tujuan seperti membunuh burung dengan suka-suka bukan bertujuan untuk makan. Sabda nabi bermaksud: ‘Sesiapa yang membunuh burung (dengan suka-suka), pada hari Kiamat kelak, burung tersebut akan mengadu pada Allah dengan katanya: Ya tuhan, sesungguhnya si fulan ini membunuhku dengan tanpa tujuan dan tanpa sebarang manfaat’ (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ei).

Bersambung............

Cerpen - Kota Sydney Bhg 2







Akhir-akhir ini banyak kejadian yang tak diingini berlaku. Islamophobia makin menjadi-jadi dalam kalangan warga Sydney. Mereka benci dengan Islam. Mereka menganggap Islam mengajar keganasan. Apa saja keganasan yang berlaku di seluruh dunia, mereka tanpa segan silu menuding jari terhadap orang Islam. Baru-baru ini masjid Darul Iman tempat Muhammad Ramadan berjemaah ini diconteng dindingnya dari luar dengan tulisan-tulisan kesat yang menghina Islam. Bukan itu sahaja, tapi botol-botol arak sengaja dilemparkan di dinding masjid sehingga kelihatan kaca-kaca dari botol-botol yang pecah itu berselerakan dan bertaburan di luar pintu utama masjid. Benci sungguh mereka dengan Islam. Tapi, mengapa mereka bersikap demikian? Orang Islam tak buat apa-apa pun pada mereka, jauh sekali untuk menghina dan bermusuh dengan mereka. Tapi, masalahnya mengapakah mereka anggap Islam ini jahat, asing dan pelik sehingga mereka tergamak bermusuh dengan orang Islam? Benarlah sabda junjungan yang bermaksud: “Bermula Islam itu dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dianggap asing, maka beruntunglah mereka yang dianggap asing itu”.

Apabila diimbau sirah nabi, barulah disedari betapa apa yang dihadapi oleh nabi daripada tentangan golongan  kuffar lebih dahsyat dan hebat. Nabi juga tidak berbuat apa-apa pada mereka, cuma mengajak mereka menyembah Allah Yang Maha Esa. Tapi, nabi mendapat tentangan dan penyiksaan yang datang silih berganti. Peristiwa Taif sebagai contohnya.  Dakwah nabi bukan sahaja tidak diterima, bahkan golongan Bani Thaqif di Taif telah mengarahkan pemuda-pemuda dan budak-budak ‘cerodong’ untuk melontarkan batu sehingga menyebabkan darah mengalir dari tubuh badan nabi. Tika itu, nabi hanya mampu bersabar dan mengangkat tangan berdoa kepada Allah: “Hanya kepada Engkau ya Allah aku mengadu betapa lemahnya aku….”. Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh nabi Muhammad menginsafkan para jemaah di Masjid Darul Iman, Arncliff, Sydney. Betapa lontaran botol-botol kaca di dinding masjid tidak sehebat lontaran batu yang mengenai jasad nabi Muhammad.     

Media Yahudi pula semakin galak menyebarkan fitnah terhadap orang Islam. Apatah lagi selepas berlakunya peristiwa pengeboman World Trade Centre, New York. Warga Sydney yang membenci Islam seolah tiada ‘otak’ untuk berfikir  apabila menelan bulat-bulat apa-apa sahaja yang disajikan oleh media Yahudi tersebut. Mereka membenci ‘the prophet Muhammad’ sedangkan mereka sendiri tidak mengenalinya. Mereka tak ubah seperti ‘lembu dicucuk hidung’. Taqlid buta dan menerima apa sahaja berita yang disebarkan. Kalau mereka mengenali keperibadian Nabi Muhammad SAW, sudah tentu mereka tak akan bermusuh dengan orang Islam. Sepatutnya sebelum melakukan apa-apa tindakan, mereka perlu tahu terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan itu betul atau salah. Sekurang-kurangnya dapatkan al-Quran dan baca! Apakah kitab suci umat Islam itu mengajar keganasan atau kedamaian?

Lihatlah keperibadian dan akhlak nabi Muhammad yang mereka benci itu. Betapa sifat rahmat dan kasih sayang yang dimilikinya  sangat mengagumkan. Rasulullah SAW merupakan rasul dan nabi yang dutuskan oleh Allah untuk memberikan rahmat kepada sekalian makhluk, merangkumi golongan yang beriman, golongan kafir, golongan munafik, bahkan nabi membawa rahmat kepada semua manusia tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, juga memberi rahmat kepada burung-burung dan kepada haiwan. Jelasnya, rahmat yang dibawa oleh Rasulullah adalah untuk semua.

Cerpen - Kota Sydney Bhg 1






Muhammad Ramadan sedang berehat selepas menunaikan solat Asar di masjid, tiba-tiba ia didatangi oleh seorang lelaki Australia bertubuh tegap, berbadan sasa. Lelaki Australia tersebut terus meluru ke arah Muhammad Ramadan. Muhammad Ramadan menjadi kaget dan terkejut dengan tindakan lelaki  itu yang meluru kepadanya. Muhammad Ramadan yang sedang menyandarkan badannya di dinding masjid sambil tangannya memegang biji-biji tasbih dan mulutnya yang berkumat-kamit menyebut kalimah-kalimah zikir. Zikir dapat menenangkan jiwa. Ia member kedamaian dalam hati Muhammad Ramadan. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 bermaksud: ‘Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang’.  Hampir saja Muhammad Ramadan melelapkan mata, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran manusia yang tidak di undang ini. Perasaan risau dan takut bercampur-baur dalam diri Muhammad Ramadan. Apa tidaknya, beliau keseorangan dalam masjid tika itu. Jemaah lain yang sama-sama menunaikan solat Asar bersamanya tadi sudah pun pulang.

 Imam Abdullah Salim pun dah pulang. Lagi pun rumah imam agak jauh dari masjid. Untuk sampai ke masjid, imam terpaksa memandu kereta selama 15-20 minit. Tapi ia tetap istiqamah sebagai imam di masjid ini kerana ia sedar para jemaah memerlukan khidmatnya.  Ia juga menjadi pakar rujuk dalam hal ehwal agama dan dakwah di Kota Sydney. Kebiasaannya setiap kali lepas solat berjemaah, Muhammad Ramadan, imam dan beberapa jemaah yang lain akan mengadakan halaqah ilmu dan berbincang tentang dakwah dalam kalangan generasi muda di Sydney. Tapi hari itu, imam agak tergesa-gesa.  Imam ada memberitahu Muhammad Ramadan  bahawa ia perlu segera pulang kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Muhammad Ramadan tidak tahu apakah urusan imam hari itu. Mulutnya pula terkunci rapat daripada bertanya. Selepas imam beredar, barulah dia terfikir ke manakah imam hendak pergi dalam keadaan tergesa-gesa itu.  “Aahh, mungkin ada urusan penting tu”, getus hatinya. Selepas imam beredar, jemaah yang lain pun turut beredar pulang.

Cuma yang tinggal hanyalah Abdul, siak masjid yang berasal dari Lubnan yang  sudah menetap di Arncliff, Sydney sejak sekian lama. Wajah Abdul persis wajah warga Australia, tubuhnya yang tinggi lampai, berbadan agak besar, berkulit putih kemerahan. Istiqamah sungguh Abdul dengan kopiah di kepala dan tasbih di tangannya sepanjang berada di dalam masjid. Tapi masalahnya sekarang, kelibat Abdul tidak kelihatan, entah ke mana ia menghilang. Hal itu membuatkan Muhammad Ramadan bertambah risau. Muhammad Ramadan keseorangan di dalam masjid.

Bersambung ...... 

Thursday, October 13, 2011

Cerpen di Kota Sydney Part 1

 Masjid Darul Imaan, Arnclif, Sydney

Oleh: Shawqi al-Yarmouki

Muhammad Ramadan sedang berehat selepas menunaikan solat Asar di masjid, tiba-tiba ia didatangi oleh seorang lelaki Australia bertubuh tegap, berbadan sasa. Lelaki Australia tersebut terus meluru ke arah Muhammad Ramadan. Muhammad Ramadan menjadi kaget dan terkejut dengan tindakan lelaki  itu yang meluru kepadanya. Muhammad Ramadan yang sedang menyandarkan badannya di dinding masjid sambil tangannya memegang biji-biji tasbih dan mulutnya yang berkumat-kamit menyebut kalimah-kalimah zikir. 

Zikir dapat menenangkan jiwa. Ia memberi kedamaian dalam hati Muhammad Ramadan. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 bermaksud: ‘Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang’.  Hampir saja Muhammad Ramadan melelapkan mata, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran manusia yang tidak di undang ini. Perasaan risau dan takut bercampur-baur dalam diri Muhammad Ramadan. Apa tidaknya, beliau keseorangan dalam masjid tika itu. Jemaah lain yang sama-sama menunaikan solat Asar bersamanya tadi sudah pun pulang.

 Imam Abdullah Salim pun dah pulang. Lagi pun rumah imam agak jauh dari masjid. Untuk sampai ke masjid, imam terpaksa memandu kereta selama 15-20 minit. Tapi ia tetap istiqamah sebagai imam di masjid ini kerana ia sedar para jemaah memerlukan khidmatnya.  Ia juga menjadi pakar rujuk dalam hal ehwal agama dan dakwah di Kota Sydney. Kebiasaannya setiap kali lepas solat berjemaah, Muhammad Ramadan, imam dan beberapa jemaah yang lain akan mengadakan halaqah ilmu dan berbincang tentang dakwah dalam kalangan generasi muda di Sydney. 

Tapi hari itu, imam agak tergesa-gesa.  Imam ada memberitahu Muhammad Ramadan  bahawa ia perlu segera pulang kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Muhammad Ramadan tidak tahu apakah urusan imam hari itu. Mulutnya pula terkunci rapat daripada bertanya. Selepas imam beredar, barulah dia terfikir ke manakah imam hendak pergi dalam keadaan tergesa-gesa itu.  “Aahh, mungkin ada urusan penting tu”, getus hatinya. Selepas imam beredar, jemaah yang lain pun turut beredar pulang.

Cuma yang tinggal hanyalah Abdul, siak masjid yang berasal dari Lubnan yang  sudah menetap di Arncliff, Sydney sejak sekian lama. Wajah Abdul persis wajah warga Australia, tubuhnya yang tinggi lampai, berbadan agak besar, berkulit putih kemerahan. Istiqamah sungguh Abdul dengan kopiah di kepala dan tasbih di tangannya sepanjang berada di dalam masjid. Tapi masalahnya sekarang, kelibat Abdul tidak kelihatan, entah ke mana ia menghilang. Hal itu membuatkan Muhammad Ramadan bertambah risau. Muhammad Ramadan keseorangan di dalam masjid.

Bersambung ......