Followers

Monday, December 17, 2012

Konflik Berdarah Syria



 Nota terjemahan Ceramah Sheikh Dr Khalid Hasan Hendawi di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi pada 12/12/2012
Terjemahan oleh : Ustaz Zamerey

Saudaraku yang di muliakan:
1.      Di setiap masjid muslimin-muslimat seluruh pelusok dunia bertemu atas dasar kecintaan kepada Allah swt.
2.      Bertemu untuk bersatu.
3.      Bertemu dengan hati terikat kepada Allah swt.
4.      Ikatan jiwa muslim itu sebenarnya lebih kuat daripada ikatan fizikal.
5.      Allah swt perintahkan kita untuk bersatu dengan firmannya......(Maksudnya:Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan sekali-kali kamu berpecah belah)
6.      Perintah bersatu ini adalah perintah wajib.
7.      Suruhan ini menunjukkan kewajipan untuk bersatu dengan hanya tali Allah swt.Bukannya tali syaitan. Bukan atas dasar asobiyah(bangsa/suku/kaum), bukan juga atas dasar sempadan negara tetapi ianya mestilah berdasarkan Islam & Iman.
8.      Jangan sekali-kali berpecah & berpisah.
9.      Atas asas inilah apabila ditanya kepada orang arab siapa kamu/siapa keturunan kamu, mereka akan menjawab: Aku Muslim, Keturunanku Islam, Bapaku Muslim. Mereka menjawab dengan penuh rasa bangga dengan pegangan kepada Islam & Iman.
10.  Mereka bukan berbangga kerana mereka dari keturunan Qaisy / Tamim dll.
11.  Bahkan kebanggan mereka apabila Iman & Islam menjadi pegangan hidup.
12.  Kita perlu menjadikan Islam seperti oksigen yang kita perlukan sepanjang masa.
13.  Kita mesti jadikan Islam sebagai penawar.
14.  Kita mesti jadikan Islam sebagai ubat.
15.  Berpeganglah dengan asas-asas Islam.
16.  Jadilah seperti generasi sahabat-sahabat Nabi saw.
17.  Menjadi kewajipan kita semua membangunkan generasi ini dan akan datang seperti generasi sahabat.
18.  Alhamdulillah, kesedaran dan kebangkitan Islam di Malaysia amat ketara dan jelas. Kesedaran dari lelaki dan wanita Malaysia terhadap Islam amat jelas.
19.  Maka bangunkanlah kader-kader Islam di Malaysia serta negara-negara lain.
20.  Ianya merupakan satu kewajipan kepada kita semua untuk membangunkan generasi ini sebagai kader-kader Islam.


Saudaraku yang di muliakan:

21.  Pembangunan generasi Islam ini mestilah atas nama Islam & Iman tanpa membezakan antara-antara fikrah/gerakan seperti Salafi, Khalafi, Tablighi, Parti Islam, Sufi, Ikhwani dll. Kerana semua fikrah/gerakan ini adalah bermatlamatkan Islam. Mereka ini seumpama titisan air, anak sungai, parit, paya, tasik dll yang semuanya akan menuju ke laut. Laut itulah Islam. Jangan sekali-kali kita bertelingkah sesama kita dan jangan sekali-kali kita menyatakan kumpulan/fikrah/gerakan/NGO kita sahaja yang sempurna dalam memperjuangkan Islam manakala kumpulan lain tidak. Sesungguhnya kita semua saling kuat-menguat serta menampung antara satu sama lain.
22.  Al-Quran menamakan kita semua sebagai Muslim.... Maka  memadai kita mendakwa kita adalah Muslim/Islam.
23.  Menjadi kewajipan kita untuk memperbetulkan kefahaman ini agar kita semua mampu berkhidmat kepentingan untuk Islam.
24.  Kita mesti bergerak kearah Islam bukannya Islam bergerak kearah kita. Kita perlu menghulurkan khidmat untuk Islam bukanya menunggu.
25.  Jamaah Islam perlu meletakkan al-Qur'an & Sunnah Nabi saw sebagai asas untuk bersatu. Kita tidak akan berbeza jika kita berasaskan al-Quran & Sunnah Nabi saw.
26.  Penjajahlah yang telah membina perbezaan antara kita. Maka marilah kita kembali bersatu atas nama Islam berpandukan al-Quran & Sunnah Nabi saw.

Saudaraku yang di muliakan:

27.  Jika kefahaman dan pendirian kita jelas dalam perkara ini, maka ianya memudahkan kita untuk merancang dan bergerak kehadapan.
28.  Allah swt menjadikan kematian & kehidupan adalah untuk menguji siapakah antara kita yang paling baik amalannya. Allah swt tidak menilai banyaknya amalan tetapi Allah swt menilai yang paling baik.
29.  Oleh itu jumlah yang banyak tidak semestinya diterima dengan banyak oleh Allah swt tetapi yang dinilai ialah kualitinya.
30.  Kita lihat contoh dimana kita saling memerlukan. Amerika Syarikat  membentuk kekuatan/kehebatan dimana setiap pihak mengkhususkan kepada sesuatu pengkhususan, dimana mereka akan gabungkan kesemuanya untuk mendapat hasil yang terbaik.
31.  Rasulullah saw telah pun menggunakan kaedah ini, Abdullah bin Abbas r.a pakar dalam bidang ta’wil, Zaid bin Thabit pakar dalam bidang Faraid, Ali bin Abi Talib pakar dalam bidang kehakiman (Qada’) Kepakaran ini disatukan untuk membina kekuatan.
32.  Hasil dari gabungan kepakaran-kepakaran dalam bidang masing-masing, Umat Islam mampu mengemukakan cadangan & penyelesaian kepada permasalahan yang timbul.
33.  Allah swt berfirman:…….hari ini aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku redha Islam sebagai agama mu.
34.  Allah berfirman …..sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama, sekali-kali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat adalah dari golongan yang rugi.
35.  Allah swt berfirman lagi…..sesungguhnya agama disisi Allah swt adalah Islam.


Saudaraku yang di muliakan:

36.  Yahudi adalah kelompok yang mengamalkan konsep bersatu untuk kuat. Mereka telah membuat ketetapan di A.S bahawa setiap Yahudi perlu menyumbang USD1 sehari.
37.  Slogan mereka yang terkenal: USD1 untuk membunuh Muslim.
38.  Cuba kita bayangkan jika Umat Islam mampu menyumbang USD1 sehari. Berapa Billion akan terkumpul? Nescaya banyak masalah Umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Masalah di Burma, di Palestine di Syria dll.

Saudaraku yang di muliakan:

39.  Allah swt antara namanya ialah al-Haq.
40.  Kita semua berada di jalan yang Haq.
41.  Kita akan bekerja untuk Haq dan menghancurkan kebatilan.
42.  Lawan kepada Haq ialah Zalim.
43.  Hari ini, kezaliman kepada Umat Islam merata-rata, di Palestine, di Burma di Syria dll.

Saudaraku yang di muliakan:

44.  Terdapat 38 hadis sahih dan hasan yang menceritakan tentang kelebihan/keistimewaan Syam (Syria,Palestine, Jordan & Lubnan dikenali sebagai Syam.)
45.  Syam dinamakan Syam kerana ianya terletak di sebelah Syimal (Selatan/Kiri) Kaabah. Yaman dinamakan Yaman kerana ianya terletak di sebelah Yamin (Kanan) Kaabah.
46.  Seorang sahabat r.a pernah bertanya kepada Rasulullah saw: Dimanakan tempat yang sesuai untuk aku tinggal? Rasulullah saw menjawab: Alaikumu bi Syam(Hendaklah kamu tinggal di Syam).

Saudaraku yang di muliakan:

47.  Perancis telah menjajah Syria selama 26 tahun. Tempoh penjajahan ini ditentang oleh Mujahidin Syria dengan begitu sengit.
48.  Perancis mengalami kerugian.
49.  Penentangan ini kerana Mujahidin Syria mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
50.  Mereka mampu berjuang dalam kesusahan & kepayahan.
51.  Mereka sanggup hidup susah demi perjuangan.
52.  Mereka sanggup syahid kerana perjuangan.
53.  Itulah Mujahidin Syam.
54.  Sehingga akhirnya Perancis terpaksa memerdekakan Syria dengan menyerah kepada Boneka mereka pada tahun 1963.
55.  Boneka ini disambung oleh Hafiz al-Asad dari kelompok Alawiyyah Nusairiyah melalui satu gulingan kuasa.
56.  Aqidah Alawiyyah Nusairiyah: Mereka tidak solat, tidak puasa, tidak mengerjakan haji, mencaci sahabat Nabi saw, memanggil Ummul Mukminin Aisyah r.a dengan penzina.
57.  Ketika para pejuang (Ikhwan Muslimin) ditahan di penjara, pengawal penjara selalu memanggil para pejuang ini dengan panggilan; Ya Aulad Aisyah Zaniyah (Wahai anak-anak Aisyah penzina)
58.  Ummul Mukminin digelar dengan gelaran penzina.

Saudaraku yang di muliakan:

59.  Di zaman pemerintahan Hafiz al-Asad inilah, mereka mula membunuh para Ulama’ Ahlu Sunnah.
60.  Peristiwa Hama pada awal tahun 80an dimana lebih 40,000 Ahlu Sunnah telah dibunuh dengan kejam oleh regim Hafiz al-Asad.
61.  Setelah kematian Hafiz al-Asad, anaknya menggantikan beliau.
62.  Mereka sebenarnya adalah boneka & tunggangan Yahudi.
63.  Boneka kebiasaanya lebih zalim dari Tuannya. Inilah yang berlaku di Syria.

Saudaraku yang di muliakan:

64.  Selama 40 tahun Bashar & bapanya memerintah Syria, tidak seorang pun Yahudi yang dibunuh.
65.  Tidak  satu peluru tidak pernah dilepaskan kearah Yahudi Israel, tetapi jutaan peluru di muntahkan kepada rakyanya sendiri. Heklikopter, Pesawat MIG, kereta kebal dan bermacam jenis senjata digunakan untuk membunuh rakyatnya sendiri.
66.  Regim Bashar melindungi Israel oleh yang demikian Israel menyatakan: Adalah suatu kemestian mengekalkan regim Bashar.
67.  Iran juga mempunyai berpandangan yang sama.
68.  Begitulah persamaan antara Israel & Iran iaitu mengekalkan regim Bashar dan tidak sekali-kali bersama dengan kebangkitan rakyat Syria dan kebangkitannya yang diberkati.
69.  Iran melalui pemimpin tertingginya Ali Khamenei telah menfatwakan bahawa mempertahankan regim Bashar al-Asad adalah Jihad Suci. Mereka adalah sama iaitu memerangi Ahlu Sunnah wal Jamaah.
70.  Kanak-kanak Syria dibunuh dengan fatwa-fatwa Iran.


Saudaraku yang di muliakan:

71.  Kebangkitan rakyat Syria asalnya adalah dengan demostrasi aman tanpa senjata yang menuntut pembaharuan.
72.   Demontrasi aman ini di balas dengan peluru. 7000 lebih telah syahid dibunuh oleh tentera regim.
73.  Regim membunuh orang-orang tua. Mereka menyiksa dengan menyiat-yiat kulit sehingga akhir mereka syahid akibat seksaan.
74.  Mereka menceroboh maruah wanita-wanita.
75.  Akibat daripada penganiyaan yang berterusan oleh regim ini, maka para Ulama’ Ahlu Sunnah Syria telah mengeluarkan fatwa bahawa harus berjihad bagi mempertahankan maruah.
76.  Allamah Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi juga mengeluarkan fatwa yang sama.
77.  Bermulalah lembaran Jihad bersenjata dimana sehingga hari ini telah syahid lebih daripada 100,000 jiwa, lebih daripada 200,000 yang cedera, lebih daripada 150,000 dipenjarakan.
78.  Mereka yang dipenjara telah disiksa, dipaksa mencaci Allah swt, Nabi Muhammad saw & para sahabat.
79.  Dipaksa untuk mengucap dengan ucapan: Bashar adalah tuhanku. Jika mereka enggan mereka dibunuh.
80.  Terdapat seorang yang ditanam sehingga paras pinggang dan dikatakan kepadanya; Katakan Bashar adalah tuhanku, lalu beliau menjawab Allah tuhanku. Ditimbus lagi sehingga paras dada dan disuruh mengucapkan sekali lagi Bashar adalah tuhanku, lalu dijawab Allah tuhanku, di timbus lagi sehingga paras leher, lalu disuruh mengucapkan: Bashar tuhanku, lalu beliau mejawab Allah tuhanku. Tentera regim berkata jika kamu berkata Bashar tuhanku kamu akan dilepaskan, jika tidak, kamu akan ditimbus sehingga mati, lalu beliau berkata: Timbuslah aku kerana aku mahukan SYAHIIIIID. Lalu ditimbus & beliau syahid……. Allahuakbar.

Saudaraku yang di muliakan:

81.  Kami datang dari bumi Syam, kami datang dari Hama, kami datang dari Homs, kami datang dari Idlib, kami datang atas nama jihad.
82.  Kami adalah saudaramu.
83.  Kami berjuang kerana mempertahankan aqidah.
84.  Terdapat dikalangan Mujahidin yang berumur semuda 15 tahun, ada yang berumur 16 tahun, 20 tahun. Bahkan ada dikalangan mujahidin yang berumur 80 tahun.
85.  Mereka berjuang untuk mempertahankan aqidah ahlu sunnah dari di hina dan dirobek.
86.  Seorang Muslimat dimana beliau mempunyai 3 anak lelaki dan ketiga-tiganya telah syahid. Apabila dikhabarkan kepada beliau lalu diucapkan ALHAMDULILLAH lalu beliau menaggalkan gelang-gelang emas yang dipakai dan beliau bertindak mengumpul emas-emas dari ahli keluarga dan kerabatnya dan disumbangkan kepada Mujahidin.
87.  Begitulah peranan Muslimat Syam. Mereka berjuang.
88.  DI MANA KAUM MUSLIMIN???? DIMANA KAUM MUSLIMIIN??? DIMANA KAUM MUSLIMIIN??? Ketika mana saudara seaqidah disiksa dibunuh diceroboh maruah mereka.
89.  Menjadi kewajipan kepada kita kaum muslimin atas dasar aqidah dan ukhuwwah islam untuk membantu saudara seagama di sana.

Saudaraku yang di muliakan:

90.  Dianggarkan terdapat 5 juta pelarian dalam Syria, dimana kediaman mereka hancur di bom oleh regim.
91.  Mereka tidak mempunyai tempat tinggal.
92.  Bahkan puluhan ribu yang tidak mempunyai khemah. Mereka tinggal dibawah pokok-pokok zaiton.
93.  Terdapat 1 juta di khemah-khemah pelarian di sempadan Jordan & Turkey.
94.  Sekarang adalah musim sejuk. Cuaca musim sejuk yang melampau amat menyiksakan. Mereka tinggal di khemah tanpa pemanas, bahkan ada yang tinggal dibawah pokok-pokok zaiton. Bayangkan keadaan mereka dengan cuaca yang begitu sejuk.
95.  Baru-baru ini 3 bayi mati kesejukan di Kem pelarian di Jordan.
96.  Mereka hanya makan roti tanpa lauk dengan air sahaja.
97.  Sebahagian daripada kem-kem pelarian tidak mempunyai makanan selama berhari-hari.
98.  DIMANA KITA WAHAI MUSLIMIN????
99.  Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempunyai pendirian. Kita wajib membantu saudara seaqidah dengan kita.
100.                     Umat Islam bukan berlegar hanya seputar sempadan geografi tetapi kita adalah Umat yang satu.

Saudaraku yang di muliakan:

101.                     Alhamdulillah sekarang, tentera pembebasan telah menguasai 80% bumi Syria. Mereka maju dengan begitu baik dengan pertolongan Allah swt.
102.                     Pemerintah yang zalim tidak akan kekal kerana sesungguhnya Haq itu lebih kuat berbanding batil (Liannal Haq Aqwa Minal Baatil)
103.                     Sesungguhnya orang yang benar-benar kuat adalah mereka/pihak yang mampu menanggung pukulan bukanya pihak yang memukul.

Saudaraku yang di muliakan:

104.                     Saya tidak dapat balik ke Syria sejak 34 tahun yang lalu.
105.                     Saya telah dapat masuk ke Syria melalui jalan-jalan mujahidin dan jihad dengan penuh rasa Izzah (bangga) dan Karamah (penuh kemuliaan).
106.                     Semuanya adalah hasil dari jihad.
107.                     Tentera pembebasan telah sampai ke Istana Presiden.
108.                     2 airport tentera telah berjaya dikuasai.
109.                     Lebih 100 buah helicopter & MIG berjaya dijatuhkan.
110.                     Ratusan kereta kebal telah berjaya dimusnah dan ditawan.
111.                     Beberapa buah kem-kem tentera regim telah berjaya dikuasai.
112.                     Hasilnya pelbagai senjata berjaya dirampas oleh Tentera Pembebasan.
113.                     Senjata inilah yang digunakan untuk menentang regim.


Saudaraku yang di muliakan:

114.                     Malaysia adalah sebuah Negara yang bertuah, Muslimin dan Muslimat di sini mempunyai kebebasan.
115.                     Baru-baru ini ketika saya berada di Antokia,Turkey, saya bertemu sekumpulan sukarelawan dari Malaysia. Mereka telah menyumbang sebanyak USD150,000.

Saudaraku yang di muliakan:

116.                     Assolatu Nuurun wa Ssodaqatu burhaanun (Solat itu cahaya yang menjadi petunjuk dan Sedekah itu adalah bukti keimanan kita)
117.                     Sedekah adalah bukti kita mempunyai Iman yang benar, bukti kita beriman bahawa kita adalah bersaudara.
118.                     Buktikan Iman kita dengan bersedekah.
119.                     Memandangkan sekarang adalah musim sejuk, maka keperluan utama ialah:
a.                   Bantuan makanan & air bersih.
b.                  Bantuan susu & keperluan kanak-kanak.

120.                     Sumbangan untuk sekampit tepung gandum ialah USD20 (RM65 termasuk kos tukaran wang asing & TT)
121.                     Sumbangan ini amat penting untuk saudara-saudara seIslam di kem-kem pelarian.
122.                     Marilah kita sama-sama buktikan kita adalah bersaudara, kesakitan mereka dalah kesakitan kita.
123.                     Mohon maaf kerana ucapan yang panjang.
Sesungguhnya saudara kita di Syria berserah bulat kepada Allah swt.  Wa yakfiLlah ma’ana. Wa kafa billahi wakiila.