Followers

Friday, December 2, 2011

LAPORAN MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN KEMBOJA 2011 & IBADAH KORBAN DAN AQIQAH KEMBOJA 1432h


IBADAH KORBAN & AQIQAH

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, , Aqiqah & Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 1432H anjuran AKADEMI IMAM SYAFI’E telah dijayakan dengan lancarnya pada 9 – 13 Zulhijjah 1432H bersamaan 06 – 09hb November 2011. Alhamdulillah penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan dimana sebanyak 179 ekor lembu dan 78 ekor kambing telah disumbangkan oleh Muslimin dan Muslimat.

Penyertaan ini datang dari mereka yang amat perihatin terhadap masa depan saudara seIslam di Kemboja. Kami, AJK Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja mewakili Umat Islam Kemboja yang terlibat mengucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN kepada yang telah menyertai Misi ini samada secara individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga individu yang telah menyertai melalui organisasi mereka seperti Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB- Biro Endah, JAKKAS dari MIDA, BAKKIS RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang. Jazakumullahukhairan atas penyertaan,kepercayaan dan keperihatinan semua terhadap kesulitan Umat Islam di sana.
Program Korban & Aqiqah telah dilaksanakan di 25 pusat yang telah ditetapkan iaitu:



1. Masjid Kg Mak Prang, Wilayah Kampot.
2. Masjid Kg Kedap, Wilayah Kampot.
3. Masjid Kg Keh, Wilayah Kampot.
4. Masjid Kg Beong Loi, Wilayah Kg Som.
5. Masjid Bentey Prai, Wilayah Kg Som.
6. Masjid Pon Bon, Wilayah Koh Kong.
7. Surau Pon Bon, Wilayah Koh Kong.
8. Masjid Kg Dai Reb, Wilayah Koh Kong.
9. Masjid Kg KM 9, Phnom Penh.
10. Sekolah Islam Dubai, Phnom Penh.
11. Kg Kar Khnor, Wilayah Kg Cham.
12. Kg Puk Soi, Wilayah Kg Cham.
13. KgTang Ha, Wilayah Kg Cham.
14. Kg Kaeng, Wilayah Kg Cham.
15. Kg Sedial, Wilayah Kg Cham.
16. Kg Phom Seh, Wilayah Kg Cham.
17. Kg Embel, Wilayah Kg Cham.
18. Kg Weal Ruich, Wilayah Kraceh.
19. Kg Ro, Wilayah Kraceh.
20. Kg Brek Senday, Wilayah Kraceh.
21. Kg Tenot, Wilayah Kraceh.
22. Kg Dey Thmei, Wilayah Kraceh.
23. Kg Phnom Do, Wilayah Kraceh.
24. Kg Krohom Ko, Wilayah Bri Veng.
25. Kg Ochalong, Wilayah Sdeng Treng.

Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di pusat-pusat ini, dimana kampung-kampung sekitarnya akan datang kesini untuk menyembelih dan membawa balik daging atau lembu yang telah disembelih untuk diagihkan di kampung-kampung mereka.

KOMPLEKS PENDIDIKAN IMAM SYAFI’E, KG KEH, KAMPOT.

Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah swt berikan serta sokongan material & spiritual oleh Muslimin dan Muslimat, bangunan Sekolah dua(2) tingkat yang merangkumi lapan (8) kelas, rumah guru sebanyak sepuluh unit, bangunan asrama yang bersaiz 20M x 8M x 3 tingkat telah siap.

Kumpulan pertama pelajar-pelajar peringkat Tingkatan 1 telah memulakan sesi pengajian pada 3/10/2011 baru-baru ini. 34 pelajar ditempatkan di asrama manakala 70 lagi adalah secara harian. 34 pelajar yang tinggal di asrama ini mengikuti program 3 in 1 (Akademik,Agama & Tahfiz) manakala 68 pelajar lagi mengikuti pengajian Akademik dan Agama. 2 pelajar lagi adalah pelajar bukan Islam yang hanya mengikuti aliran akademik.

Majlis Perasmian akan diadakan pada 25hb. Disember 2011 akan datang.

TAJAAN GURU/DAI’E

AIS telah menaja elaun guru-guru Fardhu Ain/ al-Quran seramai duabelas (12) guru dan lima (10) Dai’e. Bantuan elaun bulanan kepada 10 guru di Madrasah Islam Dubai, KM 9, Phnom Penh dan 6 guru Madrasah Ihya’uddin, KM 8, Phnom Penh. Kepada Muslimin & Muslimat yang bersedia menambah saham akhirat bolehlah hubungi kami bagi tujuan tersebut.

PEMBINAAN MASJID

Enam buah masjid dibawah seliaan AIS telah berjaya disiapkan iaitu:
1. Kg KM 8, Phnom Penh,
2. Kg Priang Pring,Wilayah Kampot.
3. Kg Tedap,Wilayah Kampot.
4. Kg Andong, Wilayah Kampot.
5. Kg Tepiang Tepau, Wilayah Kampot.
6. Kg Dai Reb, Wilayah koh Kong.

PEMBINAAN SEKOLAH FARDHU AIN.

Dua buah sekolah Fardhu Ain telah berjaya disiapkan masing-masing di Kg Prai Tenor, Kampot dan di Kg Prek Sekai, Wilayah Kg Som. Masing-masing mempunyai dua bilik darjah.
Sekolah Fardhu Ain ketiga di Kg Tepiang Tepau, Wilayah Kampot, sedang dalam pembinaan.

WAQAF PERIGI

Sebanyak 22 buah perigi telah berjaya disiapkan di Kg Prai Tenor, Kg Mak Prang, Kg Priang Pring, Prek Sekai, Dai Reb dan Kg Keh.

TAJAAN GURU FARDHU AIN/DA’IE/GURU & PELAJAR DI MAAHAD/ :

1. Guru Fardhu Ain: USD40-50/sebulan.
2. Da’ie: USD60-100/sebulan
3. Guru: USD100-150/sebulan
4. Pelajar di Maahad Imam Syafi’e: USD35/sebulan.

Pelaksanaan Aqiqah dibuka sepanjang tahun, sila hubungi kami kepada Muslimin & Muslimat yang ingin mewakilkan AIS.

PROJEK WAQAF UNTUK TAMPUNG AKTIVITI KEBAJIKAN

Alhamdulillah dengan sokongan Muslimin & Muslimat yang prihatin AIS telah berjaya membeli kebun getah seluas 13.5 hektar di Wilayah Ratnakiri. InsyaAllah ianya bakal mengeluarkan hasil pada penghujung 2012. Kebun ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 13 ketua rumah, ianya juga bakal menyumbang kepada kos operasi Maahad Imam Syafi’e dan aktiviti kebajikan di Kemboja. Kepada yang berminat untuk menyertai skim ini, bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

PERANCANGAN MASA DEPAN

Keperluan pendidikan adalah fokus utama AIS, perancangan perlu dilakukan agar proses pendidikan berjalan dengan lancar. Memandangkan keluasan tapak waqaf yang sediaada di Kg Keh, Kampot agak terhad untuk dibangunkan keperluan infrastruktur tambahan. AIS telah mengenalpasti satu lokasi baru di Wilayah Kg Som seluas 8 hektar yang berharga USD8,000 (USD:Lapan ribu). Tapak ini bakal dibeli dalam tempoh terdekat dan dibangunkan dengan kelengkapan pendidikan yang sempurna.

Anggaran* kos seperti berikut:
PERKARA
Sekolah (8m x 32m x 3) USD100,000
Asrama (8m x 32m x 3) USD100,000
Dewan Makan (20m x 20m) USD25,000
Dapur & Kelengkapan USD5,000
Rumah Guru (20m x 3.5m x 10 unit) USD100,000
Kelengkapan (Meja, kerusi,katil,pendawaian & perigi) USD50,000
JUMLAH USD380,000
*Anggaran ini dibuat pada Oktober 2011

Apabila siap, projek fasa kedua ini adalah pelengkap kepada Kompleks Pendidikan di Kg Keh,Kampot yang hanya mampu menampung keperluan pelajar sehingga ke tingkatan tiga sahaja. Waqaf bangunan sekolah, asrama dan rumah guru boleh dipecahkan mengikut bilik atau unit seperti berikut;

PERKARA 
1 Bilik Darjah (8m x 8m) USD8,400
1 Bilik Asrama (8m x 8m) USD8,400
1 Unit Rumah Guru. USD10,000

Kepada yang berminat untuk melaksanakan waqaf tanah atau bangunan, bolehlah menghubungi kami untuk tindakan lanjut.

SUMBANGAN/TAJAAN/WAQAF & AQIQAH

Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja sentiasa mengalu-alukan sumbangan/tajaan/waqaf dan pelaksanaan aqiqah. Tuan-puan boleh terus bank-in ke Maybank Islamic (553083023763) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA dan maklumkan kepada kami tujuan sumbangan melalui email akademimamsyafie@gmail.com atau sms ke +6012-2942574.

PENUTUP:
Sekali lagi kami di AIS mengucapkan jazakumullahukhairan atas penyertaan Muslimin dan Muslimat semua, semoga Allah swt mengganjari usaha ini dengan kebaikan dan kelapangan di dunia dan Jannatul Firdaus di akhirat kelak. Amiin.
Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa,
AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA
http://www.facebook.com/akademiimamsyafie

1 comment:

  1. salam ustaz. saya student UM. Kolej kami merancang untuk membuat kebajikan di Kemboja dan saya tahu ustaz sangat berpengalaman dalam hal ini dan ustaz juga telah banyak kali ke sana. ni page kami https://www.facebook.com/ORBIT2012. kalau ustaz ada ape2 cadangan please inform ye. terima kasih ustaz.

    ReplyDelete