Followers

Tuesday, June 18, 2013

Pusat Urut




Exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar kerajaan mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pusat reflexologi ini dipisahkan mengikut jantina.

Ini bermakna, setiap pusat ini akan direkodkan untuk lelaki atau untuk wanita.

Menurut Adun Bangi Mohd Shafie Ngah   cadangan Chang Khim itu satu usaha yang boleh diterima pada peringkat awal untuk mengurangkan pusat urut yang beroperasi secara haram.

"Usaha ini perkara yang baik, dalam masa yang sama exco baru perlu lebih serius dari segi penguatkuasaan khususnya membuat operasi menutup primis-premis yang haram ini," 

Sementara itu, Adun Paya Jaras Mohamad Khairuddin Othman bersetuju dengan sebarang usaha yang dilakukan asalkan ianya dapat membendung masalah sosial namun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan negeri.

Beliau juga percaya peguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan boleh menghalang wujudnya premis haram khususnya yang mengundang kepada aktiviti pelacuran.

"Sebarang usaha yang dibuat oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat negeri ini saya setuju, tapi peguatkuasaan harus dipertingkatkan," 

Rumah urut yang berselindung di sebalik pusat urut kaki atau refleksologi tumbuh bagaikan cendawan terutama di bandar-bandar besar khasnya Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Namanya saja pusat urut kaki tetapi fokus utama khidmat ini adalah urutan badan dan pelacuran oleh wanita asing dari China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan juga Filipina.

Menurut satu kertas kabinet, mereka masuk ke negara ini untuk bekerja di pusat-pusat refleksologi ini di bawah Kementerian Pelancongan kononnya untuk menarik pelancong asing.

Menurut minit mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diketuai Ng Yen Yen sebagaimana didedahkan oleh blogger King of Goblok, kabinet memang bersetuju dengan kemasukan mereka.

Melalui mesyuarat itu, pekerja asing yang diperlukan oleh industri pelancungan negara bagi sektor Perkhidmatan Pelancongan (Spa, Hotel, Refleksologi dan Kedi) sehingga 2016 adalah dianggarkan seramai 20,000 orang mengikut pecahan berikut:

i) Hotel: 10,000 orang
ii) Spa Refleksologi: 7,500 orang
iii) Golf (Kedi): 2,500 orang

Kementerian Pelancungan Malaysia pula menjadi agensi kawal selia bagi subsektor berkenaan.

Ia diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tampa Izin (JKKPA-PATI) kali ke - 8 pada 9 Ogos 2012.

Di Selangor, antara kawasan yang sangat aktif kegiatan ini adalah Klang, Pucong, Rawang, Kota Damansara dan pelbagai kawasan perbandaran lagi.

Exco kerajaan tempatan Selangor sessi lalu, Ronnie Liu berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen baru untuk pusat refleksologi ini.

Namun begitu, orang ramai melihat ada saja pusat sebegini yang tumbuh dan berselindung di sebalik pusat urut kaki.

Datuk Teng Chang Khim  dalam temubual eksklusif  mencadangkan agar dibuat pengasingan jantina khususnya membabitkan premis rumah urut.

Menurut Chang Khim  kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

1 comment: