Followers

Monday, April 1, 2013

Tuntutan Mut'ah






Soalan

Saya agak kurang memahami tentang tuntutan mut’ah selepas perceraian. Boleh ustaz jelaskan tentang hal ini?

Jawapan:

Memang kadang-kala terdapat kekeliruan mengenai perkataan mut’ah itu sendiri. Hal ini kerana istilah mut’ah biasanya digunakan bagi perkahwinan secara kontrak yang diamalkan oleh golongan syiah. Nikah mut’ah adalah jelas haram di sisi ajaran Islam kerana sesuatu perkahwinan tidak boleh dihadkan kepada waktu tertentu, akibatnya ia akan meyebabkan berlakunya kezaliman kepada pasangan yang berkahwin.

Manakala tuntutan mut’ah sebagaimana persoalan yang telah dikemukakan ini adalah merupakan  sejumlah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi  selepas berlakunya perceraian. Firman Allah bermaksud: "Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut'ah menurut yang makruf sebagai suatu kewajipan bagi orang yang bertaqwa" (al-Baqarah 241).

Jelas di sini, Islam membela hak-hak wanita semasa berkahwin dan selepas perceraian. Justeru, tuduhan bahawa Islam menindas kaum wanita adalah tidak benar. Oleh yang demikian   seseorang wanita yang diceraikan suaminya mempunyai hak untuk membuat tuntutan Mut'ah   di Mahkamah Syariah.

Mut'ah adalah sesuatu pemberian yang bermanfaat sama ada berbentuk pakaian, barangan atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Kadar mut'ah tidak ditentukan, ia bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri. Namun, sekiranya wujud pertelingkahan dalam menentukan kadar, maka Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk menetapkan kadar tersebut yang bersesuaian dengan kemampuan suami.

Tuesday, March 26, 2013

Hukum Wanita Haid Ziarah Kubur






Soalan

Saya ingin menziarahi kubur arwah suami saya, Cuma saya ingin bertanya apakah wanita yang haid tidak boleh ziarah kubur? Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan:

Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’. Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat."
Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada ‘keinginan ‘, maka hukumnya sama seperti lelaki.

Ringkasnya, ziarah kubur adalah sunat juga bagi wanita sekiranya ia dapat mempastikan tidak melakukan perkara-perkara larangan seperti meratap dan meraung. Begitu juga, perlu menutup aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang bukan mahram. Tidak pula disyaratkan bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan. Justeru, diharuskan wanita haid untuk menziarahi kubur.

Hukum Tidak pakai Telekung Ketika Solat






Soalan

Saya seorang wanita yang selalu ditugaskan untuk bekerja di luar kawasan. Kadang-kala saya terlupa membawa telekung sembahyang, jadi apakah dibolehkan saya menunaikan solat tanpa telekung?

Jawapan:

 Seseorang wanita yang ingin mengerjakan solat, hendaklah mempastikan bahawa ia menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan , syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah. Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya.

Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.

Hukum simpan gambar foto






Soalan

Betul ke menyimpan gambar foto dalam rumah menyebabkan malaikat tidak masuk ke dalam rumah?

Jawapan:

Kebanyakan ulama mengharuskan mengambil dan menyimpan gambar foto kerana ia tidak termasuk dalam larangan yang disebutkan dalam hadis nabi SAW. Pengharaman yang disebut dalam hadis nabi adalah merujuk kepada patung atau ukiran gambar yang mempunyai jisim dan bayang.  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Para ulama menyatakan bahawa malaikat tidak mahu masuk rumah yang menyimpan patung kerana pemiliknya itu menyerupai orang kafir. Ini kerana, biasanya orang kafir meletakkan patung dalam rumah untuk diagungkan. 

Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharamkan patung itu apabila ia berada dalam keadaan sempurna, tetapi kalau salah satu anggotanya itu terpotong yang tanpa anggota tersebut tidak mungkin dapat hidup, maka menyimpan patung seperti itu adalah harus. Ini berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa Jibril a.s. tidak mahu masuk ke dalam rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung, sehinggalah ia berkata kepada Nabi Muhammad: "Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah dia sehingga menjadi seperti keadaan pohon." (Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Tirmizi dan Ibnu Hibban).

Apabila menyimpan patung pun tidak dibenarkan, apatah lagi mengukirnya. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang membuat patung akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): "Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Wednesday, March 6, 2013

International Seminar On Islamic Manuscripts (ISIM)

 
 
Theme:
“Empowering Islamic Manuscripts to the World"
 
Organised by:
Department of Al-Quran And Al-Hadith,
Academy of Islamic Studies, University of Malaya
 
Date:
7 – 8 May 2013 ( Tuesday-Wednesday)
 
Venue:
Academy of Islamic Studies, University of Malaya

مؤتمرالمخطوطات الاسلاميةفي العالم
أكاديمية الدراسات الإسلامية/ جامعة مالايا، كوالالمبور، ماليزيا
7-8 (أيار)  2013 ( الثلاثاء والأربعاء)

Friday, February 15, 2013

Tanyalah Ustaz Etika Perniagaan




Bahagian 1 : http://www.youtube.com/watch?v=cWBPO0FuGy0


Bahagian 2 : http://www.youtube.com/watch?v=CteYdakdsZI

Thursday, February 14, 2013

Pembaziran Yang Melampau


Scooter Braun Projects, the company that managed South Korean megastar Psy's show in Penang - estimated to cost RM3.5 million - clarifed today that it had never been engaged or paid by the Malaysian government for the artist's appearance on Feb 11. In a statement issued to Bernama today, the firm stressed that news and articles circulating on the Internet suggesting otherwise are therefore pure conjecture and manifestly untrue. "Scooter Braun Projects wishes to categorically state that we have never been engaged or paid by the Malaysian government for the artiste's recent performance in Penang, Malaysia," reads the statement. According to The Malay Mail yesterday, Psy's show cost a total of RM3.5 million for the 10-minute performance. Psy, whose real name is Park Jae-sang, belted out two versions of the popular 'Oppa Gangnam Style' which the daily claims had cost RM500,000 each
 
ULASAN:
 
Walau siapa pun yang menanggung kos kedatangan artis Korea tersebut, ia tetap dikira sebagai suatu pembaziran yang melampau, apatah lagi kedatangannya direstui dengan suatu majlis rasmi. Selain itu, ia juga tidak menambahkan modal insan dan integriti masayarakat Malaysia. Sebaliknya ia hanya menambahkan lagi sumbangan terhadap keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang makin bertambah dari hari ke hari.