Followers
Wednesday, March 25, 2015
Baitul Quran , Palembang
Buku Terbaru Untuk Dimiliki
Madrasah Tafsir di TV al-Hijrah
Tanyalah Ustaz TV9
Friday, October 31, 2014
Jom Puasa 9 & 10 Muharram
Disunatkan kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang
Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu,
mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan
oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel
dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai
suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami
lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian
baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tirmidhi.
Dalam hadis yang lain, Ibnu Abbas berkata : Apabila
Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para
sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah
hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah s.a.w.
berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari
kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah
Rasulullah s.a.w.. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud.
Mungkin
timbul persoalan, mengapakah Nabi s.a.w mencontohi kaum Yahudi berpuasa
pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya
yang bermaksud: '… Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin'.?
Sebenarnya
amalan berpuasa pada hari asyura' (10 Muharram) telah dilaksanakan oleh
Rasulullah sebelum baginda berhijrah ke Madinah lagi. Ini berdasarkan
hadis yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: 'Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah
s.a.w. juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda
terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan
puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Sesiapa yang ingin berpuasa,
teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)'. – Muttafaq ‘Alaih
Di
samping melaksanakan ibadah puasa sunat ini, sesuatu yang sewajarnya
dijadikan pengiktibaran pada peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram
ialah Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud : Dan
Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh
Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan
pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia
(pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan
yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang
berserah diri (menurut perintah)".
Thursday, September 25, 2014
Tahun Ini Haji Akbar ???
Oleh : Ustaz Shauqi
Ada sahabat bertanya tentang Haji Akbar.... Dikatakan bahawa wuquf tahun ini berkemungkinan besar akan jatuh pada hari Jumaat... jadi persoalan yang telah dikemukakan apakah jemaah haji pada tahun ini akan memperoleh haji akbar?....

Ramai
juga umat Islam yang prihatin dengan ajaran Islam bertanya-tanya
apakah yang dimaksudkan dengan haji akbar itu? Adakah berwuquf pada
hari Jumaat sahaja dikatakan memperoleh Haji Akbar? Bagaimana pula
dengan jemaah yang menunaikan haji yang kebetulan wuquf mereka pada
hari selain Jumaat, maka adakah mereka tidak memperoleh haji Akbar?
Segala persoalan-persoalan yang berlegar dalam minda umat Islam
mestilah dijawab dan diberi perhatian dengan segera agar mereka tidak
terus berada dalam keadaan buntu, dan sekurang-kurangnya satu ilmu baru
dapat dipelajari bagi mereka yang amat gemar dalam mengkaji ilmu-ilmu
Islam.
Telah dikatakan bahawa jemaah haji yang kebetulan wuqufnya jatuh pada hari Jumaat, maka mereka akan mendapat pahala yang banyak dengan dilipat gandakan pahala melebihi 70 haji. Perkara ini telah disebutkan di dalam beberapa buah buku, dan disandarkan kepada satu hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik hari Arafah ialah yang jatuh pada hari Jumaat, dan kelebihannya melebihi 70 haji pada hari selain dari Jumaat". Tambahan daripada itu, dikatakan juga bahawa fadhilat tentang Haji Akbar juga telah disebut di dalam al-Quran. Justeru, apakah kenyataan ini sahih dan benar? Marilah sama-sama kita meneliti maksud haji Akbar dengan lebih terperinci dan pemahamannya menerusi al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.
Haji Akbar dari sudut bahasanya bermaksud haji yang besar iaitu ibadat haji yang akan memperoleh pahala yang besar. Istilah ’haji Akbar’ telah disebut oleh Allah melalui firmanNya dalam surah al-Taubah ayat 3 yang bermaksud: ”Dan (Inilah) suatu permakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri daripada orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah, dan beritakanlah kepada orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih”.
Para ulama’ tafsir telah berbeza pandangan tentang maksud haji Akbar yang telah disebutkan dalam ayat 3 surah al-Taubah itu. Dalam tafsir al-Baidawi (juzuk 3, halaman 128), dijelaskan bahawa terdapat dua pendapat tentang maksud haji Akbar sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas. Pendapat pertama mengatakan bahawa haji Akbar ialah hari raya haji. Pendapat ini disandarkan kepada hadis (Sunan Abu Daud, hadis 1661) yang menjelaskan bahawa ketika Rasulullah saw berdiri pada hari al-nahr (korban) di kawasan Jamrah iaitu semasa Rasulullah menunaikan Haji Wada’, baginda bersabda, inilah haji Akbar. Pendapat kedua mengatakan bahawa maksud haji Akbar ialah hari Arafah bersandarkan kepada hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa haji itu ialah Arafah (Lihat hadis 2901 dalam Sunan al-Tirmidhi, hadis 2966 dalam Sunan al-Nasa'ei, hadis 3006 dalam Sunan Ibnu Majah). Disebut haji Akbar (haji besar) adalah untuk membezakan dengan ibadat umrah yang disebut sebagai haji Asghar (haji kecil).
Dalam Sunan al-Tirmidhi (hadis 853), nabi saw ditanya tentang ibadah umrah sama ada ia wajib atau tidak, lalu Rasulullah saw bersabda: ’ia tidak wajib, tetapi kalau kamu melaksanakannya, maka ia terbaik untuk kamu’. Lalu hadis ini telah diberikan ulasan oleh Abu ’Isa al-Tirmidhi dengan katanya: ’Hadis ini ialah hadis Hasan Sahih, dan ia merupakan pandangan kebanyakan ahli ilmu yang menyatakan bahawa umrah itu bukan ibadah yang wajib dan ibadah umrah disebut sebagai haji Asghar (haji kecil), manakala hari al-Nahr disebut sebagai haji Akbar (haji besar)’.
Manakala dalam tafsir al-Qurtubi (juzuk 8, halaman 69-70), ketika membincangkan ayat 3 surah al-Taubah ini, djelaskan juga tentang perbezaan pendapat dalam kalangan ulama’ tentang maksud haji Akbar. Dikatakan bahawa haji Akbar ialah hari Arafah. Namun mengikut pandangan Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abi Awfa, al-Mughirah bin Syu’bah dan lain-lain haji Akbar ialah hari al-Nahr iaitu merujuk kepada hari raya korban. Perbincangan yang hampir sama juga telah dibincangkan di dalam kitab-kitab tafsir yang lain iaitu perbezaan pendapat tentang haji Akbar hanyalah berkisar sama ada ia merupakan hari Arafah atau ia adalah hari al-Nahr iaitu tanggal 10 Zulhijjah hari permulaan bagi ibadah korban (Sila rujuk al-Tabari 10/69, Ibnu Kathir 2/336, al-Dur al-Manthur 4/128-129, al-Tafsir al-Munir 5/445, dan lain-lain kitab tafsir).
Daripada perbincangan para ulama’ terhadap persoalan haji Akbar ini, didapati bahawa mereka tidak mengaitkan haji Akbar itu dengan hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat. Sebaliknya mereka lebih cenderung mengatakan bahawa haji Akbar ialah hari al-Nahr (penyembelihan korban yang bermula pada 10 Zulhijjah) atau ia adalah hari Arafah yang tidak dikaitkan dengan hari yang tertentu sama ada Jumaat, Sabtu dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, bagaimana pula dengan pandangan yang menyatakan bahawa haji Akbar itu ialah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat dan pahalanya berlipat kali ganda melebihi 70 kali haji biasa? Bagaimana pula dengan hadis yang diriwayatkan oleh Razin dalam ’Tajrid al-Sihah’ yang menyatakan bahawa sebaik-baik hari Arafah ialah yang jatuh pada hari Jumaat, dan kelebihannya melebihi 70 Haji pada hari selain dari Jumaat?.
Mengenai pandangan yang menyatakan bahawa haji Akbar ialah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat dan digandakan pahala sebanyak 70 haji itu, kebanyakan para ulama’ menolak pandangan tersebut. Manakala hadis yang diriwayatkan mengenai perkara tersebut, para ulama’ menyatakan bahawa ia hadis yang tidak sahih dan batil. Ibn Qayyim dalam kitab Zad al-Ma’ad menyatakan bahawa hadis itu batil, tiada asal baginya sama ada daripada Rasulullah, para sahabat mahu pun para tabien. Pendapat ini disokong oleh al-Manawi dan Ibn Abidin. Begitu juga pandangan yang dikemukan oleh al-Hafiz Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi ketika membahaskan kelebihan hari Arafah telah menyatakan bahawa hadis yang menyatakan bahawa wuquf pada hari Jumaat menyamai pahala 72 haji adalah batil dan tidak sahih.
Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya apakah terdapat sumber daripada Rasulullah saw tentang kelebihan haji (Arafah) pada hari Jumaat, telah menyatakan bahawa tidak warid (datang) daripada Rasulullah saw yang menyatakan tentang kelebihan Arafah pada hari Jumaat, namun para ulama’ menyatakan bahawa Arafah yang jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
1- Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah saw kerana ketika nabi menunaikan haji wada' , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
2- Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
3- Hari Arafah merupakan hari 'raya', dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari 'raya'. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada'.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari 'raya'.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
Walaupun kebaikan Wuquf pada hari Jumaat tidak dapat dinafikan mempunyai kebaikan yang banyak, namun sesuatu yang masyhur dalam kalangan masyarakat bahawa ia mempunyai nilaian sebanayak 70 haji adalah tidak sahih kerana hadis tentangnya ditolak oleh para ulama'.

Thursday, August 14, 2014
Umpama Menggenggam Bara Api
Oleh
Dr. Mohd Sukki Othman
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
" Akan
tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam
memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi)
Dalam
hadis ini, Rasulullah SAW mendatangkan kiasan terhadap suatu zaman yang sangat
mencabar sehinggakan orang yang komited dalam melaksanakan ajaran agama
terpaksa menghadapi kesusahan dan cabaran yang sangat hebat. Mereka diumpamakan
sebagai orang yang terpaksa menggenggam bara api. Sekiranya seseorang itu tidak
bersungguh-sungguh dalam memelihara agamanya, sudah tentu ia mudah terlucut dan
terlepas dari genggamannya.
Hal
ini adalah disebabkan suasana persekitaran tidak membantu ke arah menunaikan
kewajipan agama, sebaliknya keadaan persekitaran lebih mendorong untuk
melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan aqidah dan
keimanan kepada Allah. Selain itu, ia juga bermaksud bahawa orang Islam berasa
tersepit dalam melakukan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat sokongan
dan dorongan.
Labels:
Kiasan al-Quran dan al-Hadith
Kitab Tafsir Dalam Bahasa Melayu
Kitab Tafsir Nur al-Ihsan
Karya Tuan Haji Muhamad Sa’id Omar (Malaysia-Kedah)
Di
Kedah , seorang tokoh tafsir yang dapat dikesan pada peringkat awal
ialah Tuan Haji Muhamad Sa’id bin Omar yang lahir pada tahun 1854 di
Jerlun, Kedah. Beliau pernah belajar di pondok Patani dan Makkah serta
lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Jitra dan turut terkenal dengan gelaran Haji Sa’id Mufti.
Beliau yang terkenal dengan panggilan ulama, penulis dan guru tafsir
al-Qur’an mempunyai sebuah kitab tafsir lengkap dengan keseluruhan 30
juzuk yang diberi judul Tafsir Nur al-Ihsan
Kitab
ini dicetak buat pertama kalinya di Makkah dan kemudian dengan keizinan
kerajaan Negeri Kedah, kitab ini dicetak semula di Pulau Pinang. Tuan
Haji Muhamad Sa’id meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada tanggal 9
Mac 1932. Gaya penulisan beliau dalam kitab ini mirip kepada penulisan
kitab Tafsir al-Jalalayn, iaitu menulis ayat al-Qur’an dalam
kurungan dan kemudiannya makna ayat itu diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Setelah itu, ayat berkenaan diberi penghuraian secara ringkas. Antara
sumber rujukan kitab tafsir ini ialah Tafsir al-Jalalayn, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir Jamal.
Kitab
ini juga telah ditulis dalam bahasa Melayu jawi bahkan sebelum itu
dimukadimmahnya ditulis terlebih dahulu oleh pengarangnya dalam bahasa
Arab yang bermaksud:
“Sesetengah
saudara (sahabat) telah meminta saya menulis untuk mereka tafsir
al-Quran dengan bahsaa Kedah (Bahasa Melayu dailek Kedah) supaya mereka
dapat memahami perintah dan larangannya dengan mudah dan tidak
teragak-agak untuk taat dan beriman, lantas aku menyahutnya, walaupun
aku bukan ahlinya, semata-mata untuk mencari (menuntut) keredaan
al-Rahman, dan untuk melapangkan hati sahabat handai” ( Haji Muhammad
Said, 1:2)
Kitab Tafsir al-Qur’an ‘Abr Athir
Karya Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad (Singapura)
Di
Singapura pula telah muncul seorang ulama yang cuba melahirkan satu
tafsir Melayu yang mampu memberi saham kepada masyarakat minoriti Islam
Singapura ke arah memahami al-Qur’an dan tafsirannya, iaitu Ahmad
Sonhadji Mohamad. Pada peringkat awal, kitab tafsirnya itu ialah siri
kuliah tafsir yang disampaikan di Radio Singapura pada setiap minggu
malam Jumaat bermula dari tahun 1959. Akan tetapi disebabkan beberapa
masalah yang tidak dapat dielakkan, siaran kuliah tafsir di radio itu
tidak dapat dilanjutkan dan surah terakhir yang disampaikan di radio
ialah tafsir surah al-Hujurat. Kemudian, pada tahun 1983, beliau
menyambung semula penulisan tafsir tersebut dan selesai penulisannya itu
pada bulan April 1984. Setiap kuliah tersebut telah berjaya dikumpulkan
dan seterusnya dicetak menjadi satu kitab tafsir yang lengkap sebanyak
30 jilid dengan setiap juzuk dimuatkan dalam satu jilid. Kitab tafsir
ini telah dinamakan dengan judul Tafsir al-Qur’an ‘Abr Athir (Tafsir al-Qur’an di Radio).
Wednesday, July 9, 2014
Mencari Bilakah Lailatul Qadr Berlaku?
Ulamak
berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab
Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak
berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku
setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin
al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang
menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya
berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku
pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10
malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Imam
Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir
Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.
Formula
Ulamak Tafsir Yang Semasa,
Lailatul
Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara
dalam Surah al-Qadr iaitu:
i
Allah
mengulang-ulangkan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ (
) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 =
27.
ii
Surah
al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini
berada di kedudukan yang ke 27.
Formula
Imam Ghazali,
Malam
Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.
Bil
|
1
Ramadhan
|
Lailatul
Qadr
|
1
|
Isnin
|
Mlm 21
Ramadhan
|
2
|
Sabtu
|
Mlm 23
Ramadhan
|
3
|
Khamis
|
Mlm 25
Ramadhan
|
4
|
Selasa/Jumaat
|
Mlm 27
Ramadhan
|
5
|
Ahad/Rabu
|
Mlm 29
Ramadhan
|
Justeru,
al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul
Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah
pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.
Sabda Nabi S.A.W,
فَالتَـمِسُوهَا
فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ
Yang bermaksud, Maka
kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu
pada malam yang ganjil.
Lebih Baik Dari Seribu Bulan
Dalam merungkaikan
maksud ‘lebih baik daripada seribu bulan’, al-Tabariy telah menukilkan beberapa
tafsir ulama terhadapnya. Beliau memilih tafsiran yang mengatakan bahawa amalan
pada malam Lailatul Qadr adalah lebih baik berbanding amalan selama seribu
bulan yang tidak terdapat padanya Lailatul Qadr. Beliau menukilkan daripada
Mujahid katanya, “Dahulu di kalangan Bani Isra’il terdapat seorang lelaki
melakukan ibadat malam hari sehingga menjelang pagi, kemudian dia berperang
melawan musuh Allah sehingga menjelang malam. Lelaki tersebut melakukan perkara
tersebut selama seribu bulan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat al-Quran (ليلة القدر خير من ألف شهر).
Ibnu Kathir dan
al-Suyutiy menukilkan daripada Abu Hatim yang menukilkan daripada `Urwah
katanya, diceritakan kepada Rasulullah berkenaan empat lelaki dari kaum Bani
Isra’il. Mereka beribadat kepada Allah selama lapan puluh tahun tanpa melanggar
perintah-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hazqil ibn
al-`Ajuz dan Yusha` ibn Nun. `Urwah berkata, lalu para sahabat Rasulullah pun
merasa kagum dengan ketekunan mereka. Lalu Jibril pun datang dan berkata, wahai
Muhammad, umatmu kagum dengan lelaki-lelaki tersebut yang beribadat kepada
Allah selama lapan puluh tahun tanpa pernah melanggar perintah Allah walau sekelip
mata. Sesungguhnya Allah SWT menurunkan kepada kamu perkara yang lebih baik
daripada itu. Jibril pun membacaإِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي
لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ .
Perkara ini lebih utama dikagumi olehmu dan umatmu. `Urwah berkata, perkara
tersebut telah mengembirakan Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersamanya.
Itulah
kemuliaan Lailatul Qadr. Sesiapa yang berjaya menghidupkannya dia diberi
ganjaran seumpama ahli ibadat dan mujahid yang beribadat dan berjihad hampir
lapan puluh tiga tahun empat bulan. Satu ganjaran yang hampir mustahil
diperoleh oleh kita pada zaman ini. Kemuliaan yang sebegitu sesuailah
dirakamkan satu surah daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran.
Selain itu,
kelebihan Ramadan dan juga Lailatul Qadr juga dapat dilihat pada
keampunan yang ditawarkan oleh Allah SWT khusus kepada hamba-hamba-Nya yang
berjaya menghidupkan kedua-duanya. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah
r.a. daripada Nabi SAW sabda baginda, "Barangsiapa yang mendirikan
Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan
keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, barangsiapa
yang yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari)
Umpama Seribu Bulan
Oleh
Dr.
Mohd Sukki Othman
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1-5 bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar
itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan
izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya
pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit
fajar”
Ramadhan Menghasilkan
Taqwa
Ramadhan datang dengan membawa jutaan rahmat dan keberkatan
yang dikurniakan Allah. Sesungguhnya amat beruntung sesiapa yang berkesempatan berada dalam bulan Ramadhan dan
yang dapat memanfaatkan masa, tenaga dan jiwanya untuk mencapai keredhaan
Ilahi. Betapa mulianya bulan Ramadhan ini, dapat kita fahami daripada hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim yang
bermaksud: "Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu
syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan dibelenggu".
Puasa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T bukanlah sekadar memerintahkan
umat Islam meninggalkan makan dan minum di siang hari semata-mata, tetapi
tujuan difardhukan puasa itu mempunyai matlamat yang jelas untuk melahirkan
manusia yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam
Surah al-Baqarah ayat 183 telah menjelaskan tujuan disyariatkan ibadat puasa.
Ayat tersebut bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa”.
Untuk
mendapatkan ketakwaan daripada ibadah puasa, mata, telinga, lidah, tangan,
kaki, hati dan seluruh anggota badan hendaklah turut ‘berpuasa’. Inilah
peringkat puasa yang sebenar-benarnya yang patut ada pada setiap individu
muslim. Puasa yang seumpama ini telah dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam
kitabnya yang masyhur iaitu ‘Ihya’ Ulumiddin’.
Imam Ghazali menamakan puasa yang seumpama ini sebagai puasa ‘khusus
al-khusus’.
Labels:
Kiasan al-Quran dan al-Hadith
Umpama Yahudi Beroleh Sengsara
Oleh
Dr. Mohd Sukki Othman
Firman Allah
dalam surah al-Hashr ayat 15 bermaksud:
(Keadaan kaum
Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu
sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) disebabkan
bauan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya (pada Hari Akhirat kelak).
Dalam ayat ini,
Allah s.w.t. telah mendatangkan kiasan bagi kaum Yahudi dan orang munafik dengan mengingatkan mereka
bahawa mereka tentu akan mendapat keburukan akibat kekufuran mereka serta
mendapat kehinaan di dunia serta azab sengsara di akhirat kelak.
Orang Yahudi dan
Munafik yang akan ditimpa kesengsaraan itu adalah umpama Musyrikin Quraisy yang
tewas dan gugur dalam Peperangan Badar, atau umpama orang-orang Yahudi Bani
Qaynuqa’ yang telah dihalau dari al-Madinah al-Munawwarah (Lihat
Tafsir Abu Su’ud). Orang kafir Quraysh itu telah merasai akibat buruk
kekufuran mereka di atas dunia ini dengan kegagalan mereka dalam Peperangan
Badar yang berlaku enam bulan sebelum Peperangan Bani al-Nadhir (Lihat al-Fath
al-Qadir oleh al-Shawkani)..
Begitulah
keadaan orang-orang Yahudi dan orang-orang Munafik yang kufur kepada Allah
s.w.t., mereka akan ditimpa keburukan dan kehinaan di atas dunia ini. Manakala
di akhirat pula, Allah s.w.t. telah menjanjikan azab neraka yang pedih untuk
mereka. Penggunaan kiasan dalam ayat ini bertujuan untuk menggambarkan
kesesatan dan penyesalan yang akan dihadapi oleh golongan Yahudi dan munafik.
Oleh yang
demikian, umat Islam hendaklah mengambil pengajaran dan pengiktibaran agar
tidak terjebak dalam mengikuti jejak langkah Yahudi. Sekiranya umat Islam
menjalinkan kasih sayang dan kerjasama dengan Yahudi, bermakna mereka akan
terjebak dalam kesesatan dan penyesalan
yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, malahan kesengsaraan menanti di akhirat
akibat kasih sayang dan kerjasama yang diberikan kepada musuh Allah itu.
Penguasaan Yahudi Masa
Kini
Labels:
Kiasan al-Quran dan al-Hadith
Wednesday, April 16, 2014
Rancangan "ANDA MUSYKIL"
ASSALAMUALAIKUM....
Rancangan "ANDA MUSYKIL" terus bersiaran secara langsung
pada minggu ini...
TAJUK : PERISTIWA AKHIR ZAMAN
PANEL : USTAZ DR. MOHD SUKKI OTHMAN
Pensyarah Kanan UPM
TARIKH : 18 hingga 20 April 2014 ( Jumaat Hingga Ahad )
WAKTU : 6.30 pagi hingga 7.00 pagi hanya di TV1.
Seperti biasa, teruskan berinteraksi dgn kami pada hujung minggu ini secara langsung di TV1 jam 6.30 pagi di talian
03-2288 7876, atau kongsikan soalan anda di ruangan FB ini, InsyaAllah akan dijawab oleh panel semasa siaran itu nanti...
terima kasih
Rancangan "ANDA MUSYKIL" terus bersiaran secara langsung
pada minggu ini...
TAJUK : PERISTIWA AKHIR ZAMAN
PANEL : USTAZ DR. MOHD SUKKI OTHMAN
Pensyarah Kanan UPM
TARIKH : 18 hingga 20 April 2014 ( Jumaat Hingga Ahad )
WAKTU : 6.30 pagi hingga 7.00 pagi hanya di TV1.
Seperti biasa, teruskan berinteraksi dgn kami pada hujung minggu ini secara langsung di TV1 jam 6.30 pagi di talian

terima kasih
Sunday, January 26, 2014
Seminar Tafsir Juzuk Amma di UTM Jalan Semarak
Labels:
pendidikan,
seminar,
Umum
Kembara Ho Chi Minh City, Vietnam
Buku Cerita Bahasa Arab terbitan DBP
Monday, October 21, 2013
Laporan Ibadah Qurban di Bangladesh 2013 / 1434 H
Pada tanggal 10 Zulhijjah bersamaan 15 Oktober 2013, rombongan AJK Akademi Imam Syafie (AIS) seramai 3 orang telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk misi kemanusiaan dan ibadah qurban. Menaiki pesawat Malindo pada jam 6.55 petang dan penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam setengah, lalu sampai di Dhaka sekitar jam 8.40 malam (waktu Bangladesh)
Setelah keluar dari airport Dhaka, wakil AIS di Bangladesh sudah siap menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Laxmipur, Rajshahi yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki van. Rombongan AIS sampai di Rajshahi lebih kurang pukul 4.30 pagi. Rombongan AIS menumpang tidur di rumah Dr. Arif, seorang pensyarah veterinar di Universiti Rajshahi. Tak sempat untuk melelapkan mata, kerana waktu solat subuh sudah hampir iaiatu pada pukul 5 pagi. Selesai solat Subuh, diadakan sedikit perbincangan dengan Dr Arif untuk pelaksanaan ibadah korban di 35 tempat. AIS membawa amanah untuk melaksanakan ibadah qurban sebanyak 100 ekor lembu dan 5 ekor kambing di Bangladesh.
Tepat pukul 8, solat iduladha ditunaikan bersama dengan jamaah di masjid Fatah yang masih dalam pembinaan. Hari raya iduladha disambut pada hari Rabu bersamaan 16 Oktober di Bangladesh. Seusai solat hari raya, ibadah qurban mula dilaksanakan di beberapa tempat di Rajshahi sehingga lewat petang.
Kembali ke rumah Dr Arif dan sempat berehat pada malamnya. Keletihan amat terasa sehingga tidak sempat untuk dinner, terus tidur sehingga ke pukul 4 pagi. Selepas subuh, perjalanan ibadah qurban diteruskan dan antara tempat yang sempat dilawati ialah sebuah perkampungan di Biana yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan dari Laxmipur dengan menaiki van.
Sambutan penduduk kampung amat menggalakkan. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah penduduk yang menyambut kehadiran AJK AIS. Keletihan tidak terasa apabila melihat wajah-wajah umat Islam di situ yang begitu gembira dengan daging korban yang dapat diagihkan kepada mereka. Rombongan sempat meninjau kedaifan rumah-rumah di sekitar perkampungan ini.
Selepas menunaikan solat jamak dan qasar, rombongan berpatah balik ke Rajshahi dengan singgah di beberapa tempat yang dilaksanakan ibadah qurban. Perbincangan dengan Dr Arif diadakan di rumahnya dengan beberapa rakan NGO Bangladesh yang lain untuk meneruskan kerjasama dari sudut misi pendidikan dan kemanusiaan, terutamanya pembinaan sekolah dan madrasah untuk memenuhi keperluan umat Islam di sana.
Rombongan Akademi Imam Syafie bertolak balik ke Malaysia pada pukul 9.30 malam dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi (waktu Malaysia) pada 19 Oktober 2013.
Labels:
Kembara,
pendidikan,
Umum
Subscribe to:
Posts (Atom)