Followers

Tuesday, March 3, 2009

Akibat Berlumba








Kemalangan ini Berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran dengan tol Simpang Pulai. Gambar-gambar ini sempat saya rakam sementara menunggu ketibaan kereta Bomba untuk memadamkan kebakaran. Perlanggaran berlaku melibatkan 3 buah kereta iaitu BMW, Toyota Caldina dan Proton Wira. Kelihatan dalam gambar yang terbakar itu ialah BMW. Perlanggaran berlaku akibat berlumba di jalan raya. Walaupun tidak berlaku kemalangan jiwa, namun suatu pengajaran yang dapat diambil ialah 'berakhlaklah di jalan raya". Apabila berlaku kemalangan seumpama ini, ia bukan hanya melibatkan mereka yang berlumba sahaja, tetapi orang ramai yang tergendala perjalanan ekoran terpaksa menunggu sehingga api dipadamkan.

2 comments:

  1. akibat riak...ingat keta dia jer laju...keta Allah lagi laju...

    ReplyDelete
  2. Sifat ego di jalan raya tak mau mengalah antara satu sama lain antara puncanya. Terpengaruh dgn movie & drama lumba kereta. So nak buktikan kehandalan masing2 medan jalan raya dijadikan tempat berlumba. Kalau setakat ganggu perjalanan lalu lintas itu biasalah, yg menyedihkan bila ada org yg tak bersalah terlibat sama dan terkorban nyawa.

    ReplyDelete