Followers

Saturday, May 29, 2010

Negara Akan Muflis Akibat Subsidi?

Akhbar melaporkan bahawa negara akan muflis dan bangkrap dalam masa sembilan tahun lagi apabila pemberian subsidi diteruskan. Apakah kenyataan ini benar? Apabila melihat sepintas lalu tentang kenyataan ini, dirasakan ada benarnya kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan berjuta bahkan berbilion ringgit untuk memberikan subsidi kepada rakyat. Namun, apakah pemberian subsidi ini boleh menyebabkan negara menjadi muflis atau pun ada elemen lain yang lebih teruk yang boleh membawa kepada kebangkrapan negara? Sebenarnya, apabila diteliti dengan lebih jauh, kita akan dapati bahawa elemen yang jelas boleh membangkrapkan negara ialah RASUAH. Sepatutnya usaha yang efisien mesti diteruskan untuk menghapuskan rasuah tanpa membezakan antara 'ikan jerung' atau 'ikan bilis'. Hal ini kerana elemen rasuahlah yang menjadi punca utama kepada bangkrapnya negara.... Bayangkanlah sesebuah bangunan yang dibina yang berharga 100 juta contohnya akan menjadi 200 atau 300 juta akibat rasuah. Itu baru satu bangunan, bagaimana dengan 10 bangunan, 100 bangunan? Itu belum lagi dikira bangunan yang rosak dan runtuh yang terpaksa diperbaiki akibat material yang tidak berkualiti dek kerana rasuah. Kalau masih ingat, laporan akhbar satu ketika dahulu telah menyatakan harga skrew yang beberapa ringgit sahaja melambung menjadi puluhan dan ratusan ringgit. Bukankah ini datang daripada rasuah yang akan membangkrapkan negara? Itu belum lagi rasuah yang dipanggil dengan istilah 'komisen' dan sebagainya yang boleh mencecah jutaan ringgit. Ringkasnya, selagi rasuah bermaharajalela dalam negara, maka itulah antara penyebab utama kepada kebangkrapan negara. Dalam hal ini, nabi SAW telah bersabda, maksudnya: "Laknat Allah kepada pemberi dan penerima rasuah', dan 'Pemberi dan penerima rasuah dalam neraka'. Renung-renungkanlah. Wallahu'alam.

3 comments:

  1. Sentiasa menjadi peringatan,ustaz.
    Moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. Subsidi barangan asas merupakan item paling akhir patut dihapuskan, kerana ia memberi pulangan kepada rakyat, dalam pengagihan kekayaan negara.

    Hapuskan dulu rasuah, subsidi pada industri dan syarikat2 tertentu, projek2 membazir dan pelbagai kebocoran ekonomi yg lain. Tolonglah jalankan amanah dgn jujur sebagai pemerintah. Semoga ada barokah.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Saya sangat bersetuju dengan entri ustaz. Gejala RASUAH semakin menular dan berleluasa di dalam masyarakat kita. Semua tahu ia suatu kesalahan dan DOSA. Hawa nafsu atasi segala-galanya. Jadi, kerajaan juga perlu melihat REAL PROBLEM dan bukanlah jadikan alasan untuk hapuskan subsidi semata-mata.

    ReplyDelete