Followers

Thursday, November 25, 2010

Laporan Ibadah Korban / Aqiqah / Waqaf Kemboja

Bangunan sekolah yang baru siap dibina

Rumah Guru Dalam Pembinaan

Assalamualaikum,

Muslimin-Muslimat Peserta Ibadah Korban, Aqiqah & Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja. Semoga kita semua dirahmati, diberkati & diampuni Allah swt.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, Ibadah Korban, Aqiqah & Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja 1431H anjuran AKADEMI IMAM SYAFI’E telah dijayakan dengan lancarnya pada 17-21 November 2010. Alhamdulillah penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan dimana sebanyak 118 ekor lembu dan 61 ekor kambing telah disumbangkan oleh Muslimin dan Muslimat.

Penyertaan ini datang dari mereka yang amat perihatin terhadap masa depan saudara seIslam di Kemboja. Kami AJK Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja mewakili Umat Islam Kemboja mengucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN kepada yang telah menyertai Misi ini samada secara individu di Malaysia, Qatar, Dubai, Arab Saudi dan juga individu yang telah menyertai melalui organisasi mereka seperti Takaful IKHLAS Sdn Bhd, JAKKAS dari MIDA, Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB- Biro Endah, dan BAKKIS RHB. Jazakumullahukhairan atas penyertaan,kepercayaan dan keperihatinan semua terhadap kesulitan Umat Islam di sana.

Program Korban & Aqiqah telah dilaksanakan di 16 pusat yang telah ditetapkan iaitu:
1. Masjid Kg Keh, Wilayah Kampot.
2. Masjid Kg Kedap, Wilayah Kampot.
3. Masjid Kg Priang Pring, Wilayah Kampot.
4. Masjid Kg Mak Prang, Wilayah Kampot.
5. Surau Kg Prai Tenor, Wilayah Kampot.
6. Masjid Kg Kandal, Wilayah Kampot.
7. Kg Kebar Romeh, Wilayah Kampot.
8. Masjid Kg Prek Sekai, Wilayah Kg Som.
9. Masjid Kg Beong Tamprum, Wilayah Kg Som.
(Wakil dari Wilayah Koh Kong datang mengambil daging di pusat ini)
10. Masjid Kg Kilo 7, Wilayah Kandal. (Pinggiran Phnom Penh).
11. Masjid Kg Kilo 8, Wilayah Kandal. (Pinggiran Phnom Penh).
12. Masjid Kg Chroi Changwa, Pinggiran Phnom Peng.
13. Masjid Kg Chlong Chasna, Wilayah Kg Chnnang.
14. Masjid Kg Osedan, Wilayah Kg Chnnang.
15. Masjid Kg Tapiang Trairah, Wilayah Kg Chnnang.
16. Masjid Kg Juol, Wilayah Takeo.

Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di pusat-pusat ini, dimana kampung-kampung sekitarnya akan datang kesini untuk menyembelih dan membawa balik daging atau lembu yang telah disembelih untuk diagihkan di kampung-kampung mereka.

KOMPLEKS PENDIDIKAN IMAM SYAFI’E, KG KEH, KAMPOT.

Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah swt berikan serta sokongan material & spiritual oleh Muslimin dan Muslimat, bangunan Sekolah dua(2) tingkat yang merangkumi lapan (8) kelas telah siap. Rumah guru sebanyak sepuluh(10) unit sedang rancak dibangunkan. InsyaAllah bangunan asrama yang bersaiz 32M x 8M x 2 tingkat akan dimulakan pembinaannya dalam tempoh terdekat. (Sila lihat gambar di atas).

TAJAAN GURU/DAI’E

Akademi telah menaja elaun guru-guru Fardhu Ain/ al-Quran seramai duabelas (12) guru dan lima (5) Dai’e. Akademi sedang menimbangkan cadangan untuk menambah tajaan Guru Fardhu Ain/al-Quran dan juga Dai’e pada tahun 2011 ini. Kepada Muslimin & Muslimat yang bersedia menambah saham akhirat bolehlah hubungi kami bagi tujuan tersebut.

SUMBANGAN/TAJAAN/WAQAF & AQIQAH

Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja sentiasa mengalu-alukan sumbangan/tajaan/waqaf dan pelaksanaan aqiqah. Tuan-puan boleh terus bank-in ke Maybank Islamic (553083023763) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA dan maklumkan kepada kami tujuan sumbangan melalui email akademimamsyafie@gmail.com atau sms ke +6012-2942574.

Sekali lagi kami di Akademi mengucapkan jazakumullahukhairan atas penyertaan Muslimin dan Muslimat semua, semoga Allah swt mengganjari usaha ini dengan kebaikan dan kelapangan di dunia dan Jannatul Firdaus di akhirat kelak. Amiin.


JAWANTANKUASA,
AKADEMI IMAM SYAFI'E-DANA KEMBOJA.

No comments:

Post a Comment