Followers

Thursday, February 3, 2011

Berita Dari Bangkok


Sekarang sedang berlangsung Conference on "The Role of The Asean Masjid Through Sustainable Social Development". Ia diadakan di Golden Jubilee Islamic Affairs National Administration Centre, Bangkok, Thailand. Seminar ini bermula pada 2 Feb 2011 dan akan berakhir pada 4 Feb 2011. Seminar ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand Mr. Abhisit Vejjajiva. Mereka yang terlibat dalam penganjuran seminar ini ialah Sheikhul Islam Office, Thailand, Ministry of Foreign Affairs of Thailand, The Office of Islamic Affairs Committee of Bangkok Metropolis, The Organizing Committee of al Maolidin al-Nabawi Celebration of Thailand, International Forum of Masjid for Integrity, Solidarity and Prosperity (FORSIMAS), Association of South East Asian Nations (ASEAN), and Foundation of Islamic Centre of Thailand.


Delegasi Malaysia seramai lebih kurang 20 orang diketuai oleh DATO' HJ WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABD AZIZ Ketua Pengarah JAKIM. Delegasi teramai ialah dari Indonesia seramai 36 orang. Selain itu, Cambodia menghantar wakil seramai 8 orang, Filipina 3 orang dan beberapa peserta dari Myanmar, Vietnam dan Singapura.


Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Thailand, namun ia mempunyai sebanyak 4 ribu buah masjid. Di Bangkok sahaja terdapat sebanyak 185 buah masjid. Daripada jumlah tersebut, 110 daripadanya mengendalikan sekolah untuk para pelajar yang dioperasi sepenuhnya oleh pihak masjid. Thailand juga mempunyai Bank Islam yang ditubuhkan kira-kira 7 tahun lalu dan kini mempunyai sebanyak 26 cawangan.



Lawatan ke Islamic Bank of Thailand (i Bank)

No comments:

Post a Comment