Followers

Saturday, August 20, 2011

Fenomena 10 juta tahun sekali?



Ada orang bertanya saya tentang sms yang dia terima iaitu:


"Ia berlaku 10 juta tahun sekali di mana bulan akan mengelilingi kaabah dan malam ini ia akan berlaku jam 0325 pagi di Mekah manakala di Malaysia jam 0825 pagi. Jika kita solat Dhuha masa itu Insya allah doa kita akan diperkenan Allah".


sms versi Inggeris: "Tonight at 3.25 am Mecca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25 am Mecca time, Singapore time will be 8.25 am. So is Malaysia Barat. Let us perform Solat Sunat Dhuha.




Ulasan:


Kenyataan seumpama ini adalah bercanggah dengan hukum syarak. Oleh itu, tidak sepatutnya kita mempercayai perkara tersebut. Hal ini kerana penerimaan doa dan ibadat kita di sisi Allah adalah berdasarkan keikhlasan kita beribadat dan amalan yang dibuat selari dengan ajaran Islam bukannya berdasarkan fenomena alam yang berlaku. Kebelakangan ini terdapat pelbagai sms sebegini yang meresahkan masyarakat. Oleh yang demikian, disarankan agar kita sentiasa mengunjungi majlis ilmu agar kita terhindar daripada kepercayaan yang salah dan sesat.

No comments:

Post a Comment