Masjid Darul Imaan, Arnclif, Sydney
Oleh: Shawqi al-Yarmouki
Muhammad Ramadan sedang berehat selepas menunaikan solat Asar di masjid, tiba-tiba ia didatangi oleh seorang lelaki Australia bertubuh tegap, berbadan sasa. Lelaki Australia tersebut terus meluru ke arah Muhammad Ramadan. Muhammad Ramadan menjadi kaget dan terkejut dengan tindakan lelaki itu yang meluru kepadanya. Muhammad Ramadan yang sedang menyandarkan badannya di dinding masjid sambil tangannya memegang biji-biji tasbih dan mulutnya yang berkumat-kamit menyebut kalimah-kalimah zikir.
Zikir dapat menenangkan jiwa. Ia memberi kedamaian dalam hati Muhammad Ramadan. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 bermaksud: ‘Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang’. Hampir saja Muhammad Ramadan melelapkan mata, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran manusia yang tidak di undang ini. Perasaan risau dan takut bercampur-baur dalam diri Muhammad Ramadan. Apa tidaknya, beliau keseorangan dalam masjid tika itu. Jemaah lain yang sama-sama menunaikan solat Asar bersamanya tadi sudah pun pulang.
Imam Abdullah Salim pun dah pulang. Lagi pun rumah imam agak jauh dari masjid. Untuk sampai ke masjid, imam terpaksa memandu kereta selama 15-20 minit. Tapi ia tetap istiqamah sebagai imam di masjid ini kerana ia sedar para jemaah memerlukan khidmatnya. Ia juga menjadi pakar rujuk dalam hal ehwal agama dan dakwah di Kota Sydney. Kebiasaannya setiap kali lepas solat berjemaah, Muhammad Ramadan, imam dan beberapa jemaah yang lain akan mengadakan halaqah ilmu dan berbincang tentang dakwah dalam kalangan generasi muda di Sydney.
Tapi hari itu, imam agak tergesa-gesa. Imam ada memberitahu Muhammad Ramadan bahawa ia perlu segera pulang kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Muhammad Ramadan tidak tahu apakah urusan imam hari itu. Mulutnya pula terkunci rapat daripada bertanya. Selepas imam beredar, barulah dia terfikir ke manakah imam hendak pergi dalam keadaan tergesa-gesa itu. “Aahh, mungkin ada urusan penting tu”, getus hatinya. Selepas imam beredar, jemaah yang lain pun turut beredar pulang.
Cuma yang tinggal hanyalah Abdul, siak masjid yang berasal dari Lubnan yang sudah menetap di Arncliff, Sydney sejak sekian lama. Wajah Abdul persis wajah warga Australia, tubuhnya yang tinggi lampai, berbadan agak besar, berkulit putih kemerahan. Istiqamah sungguh Abdul dengan kopiah di kepala dan tasbih di tangannya sepanjang berada di dalam masjid. Tapi masalahnya sekarang, kelibat Abdul tidak kelihatan, entah ke mana ia menghilang. Hal itu membuatkan Muhammad Ramadan bertambah risau. Muhammad Ramadan keseorangan di dalam masjid.
Bersambung ......
Supra Shoes
ReplyDeleteSupra Skytop Shoes
Supra Vaiders Shoes
Supra Skytop Shoes Outlet
Supra Shoes for sale
skytop supra shoes
supra shoes skytop
supra shoes online
supra shoes for cheap
where can i find supra shoes
where can i get supra shoes
where to get supra shoes
where to find supra shoes
prada outlet
authentic prada
authentic prada outlet
authentic prada handbags
authentic prada online
authentic prada sale
authentic prada for sale
Cheap authentic prada
prada handbags store
prada handbags store uk
True Religion jeans outlet
ReplyDeleteTrue Religion outlet
True Religion
True Religion
true religion men coat
true religion men jean clothes
chaussures pas cher
true religion men jeans
true religion mens short jeans
true religion men short T shirt
true religion womens oat
true religion womens jean skirt
sac louis vuitton
true religion womens jeans
true religion womens seven jeans
true religion womens short jeans
nike free 5.0 v4 running
nike free run shoes
Sacs Louis Vuitton
jeans pas cher
true religion brand jeans outlet
true religion outlet