Followers

Monday, June 15, 2009

Fathi Yakan Meninggal Dunia


Seorang tokoh pejuang Islam yang terkenal iaitu Syeikh Fathi Yakan dari Lubnan telah kembali kerahmatullah pada pagi Sabtu 13 Jun 2009 ketika berusia 77 tahun. Dr Fathi Yakan lahir pada 9 Februari 1933 di kota Tarablus, Lubnan dan mempunyai darah keturunan dari Turki. Beliau merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, dan pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an. Kelulusan tertinggi beliau ialah Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Lubnan. Beliau telah menghasilkan banyak buku yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Antara bukunya yang paling terkenal di Malaysia ialah bukunya yang bertajuk "Maaza Ya'ni Intimaa'ie Lil Islam" yang diterjemahkan sebagai "Mengapa Perlu Saya Menganut Islam". Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan moga semangat perjuangan Islam yang dimilikinya dapat dicontohi oleh generasi kini... al-Fatihah.

1 comment:

  1. al-fatihah buat syeikh fathi yakan.. dulu masa ana skolah, buku beliau 'mengapa saya menganut agama islam' adalah bacaan wajib utk semua pelajar.. besar contribution beliau dlm dunia penulisan islam...

    ReplyDelete