Followers

Tuesday, June 2, 2009

Subjek Teras SPM: Subjek Agama akan dipinggirkan?


Sekarang ini sedang hangat diperkatakan tentang menghadkan subjek untuk diambil dalam SPM iaitu hanya 10 subjek. Antara alasan yang diberikan ialah agar tidak membebankan ibu dan bapa serta pelajar sendiri. Saya rasa alasan yang diberikan itu amat tidak konkrit kerana ia merupakan pilihan pelajar dan ibu bapa itu sendiri. Jadi apabila pelajar bersedia untuk mengambil berapa subjek sekali pun yang dikehendaki dengan izin dan restu ibu bapa dan guru... apalah salahnya.


Lalu dibincang pula tentang subjek teras yang ingin dikurangkan daripada 6 kepada 4. 6 subjek teras yang diguna pakai sekarang ini ialah BM, BI, Matematik, Sains, Agama (Moral) dan Sejarah. Apabila cadangan supaya dikurangkan subjek teras daripada 6 kepada 4... maka sudah tentu subjek agama akan menjadi korban. Natijahnya subjek agama akan menjadi elektif dan menjadi pilihan kepada pelajar itu sendiri untuk mengambilnya atau tidak. Sudahlah pada peringkat sekolah rendah... subjek agama tidak wajib diambil semasa UPSR... kini ia menular pula pada peringkat menengah.


Dalam kegawatan masalah sosial yang kian meruncing pada hari ini, amat diharap subjek agama makin diambil berat bagi menangani segala masalah kebejatan akhlak akhir-akhir ini. Apatah lagi persoalan modal insan sering-kali diperkatakan di peringkat nasional. Namun, sesuatu yang amat menyedihkan ialah 'retorik' sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan modal insan. Malahan usaha yang dibuat bukan lagi untuk meningkatkan modal insan.... Fikirkanlah

3 comments:

  1. Harap2 ini tidak akan berlaku (subjek ugama dipinggirkan)

    ReplyDelete
  2. Hai malang sekali, sekiranya subjek agama yang menjadi korban.

    Semoga Allah memberi petunjuk kpd pihak yang berwajib tentang perkara ini.

    Jangan sampai menyesal diakhirat kelak, Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang akan bertanggungjawab jika subjek agama dipinggirkan dan penularan salah laku pelajar semakin berleluasa.Dikala pelajar-pelajar ini terlalu banyak disogokkan dengan rancangan hiburan yang melalaikan. Tak kala berapa kerat remaja Islam menjadikan RUMAH ALLAH sebagai tetamunya.Cukup sayu dan sedih mengenangkan apa yang cuba dan telah dilakukan semata-mata kepentingan duniawi dan tidak menjadikan akhirat sebagai kompas hidup.

    ReplyDelete