Followers

Tuesday, October 16, 2012

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Non-Muslim




Abu Hanifah, Hassan al-Basri membenarkannya. Imam Malik pula lebih suka mengutamakan orang Islam. Imam Malik menganggap makruh memberikan kulit haiwan korban kepada orang Kristian. Manakala al-Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa harus memberi makan daging sembelihan korban sunat kepada golongan non-muslim zimmi , akan tetapi korban wajib seperti nazar tidak diharuskan. (Rujuk al-Majmu', Imam Nawawi 8/404).

Mengikut pandangan mazhab Hanbali, harus memberikan daging korban sunat kepada non-muslim. Sekiranya daging korban wajib, maka ia tidak diharuskan. Menurut pandangan Ibn Uthaimin, seseorang itu boleh memberikan daging korban kepada non-muslim selagi orang kafir itu tidak memerangi orang Islam.

Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-A'lamiyah wa al-Ifta' berpendapat harus memberi makan daging korban kepada orang kafir yang membuat perjanjian damai , juga boleh memberikan kepada non-muslim yang miskin, kaum kerabat, jiran. 

Ringkasnya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian menyatakan haram, makruh, dan harus. Namun sesuatu yang tiada khilaf ialah keutamaan hendaklah diberikan kepada orang Islam.

No comments:

Post a Comment