Followers

Wednesday, April 30, 2008

Kamus Bergambar Bahasa Arab Baru!!

Alhamdulillah... kamus bergambar bahasa arab (Arab-Melayu-Jawi) sudah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini sudah berada di pasaran. Saya dan beberapa rakan dari UPM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada DBP dan DAWAMA di atas kelahiran kamus ini setelah kami bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Kamus ringkas ini disusun mengikut sukatan pelajaran Bahasa Arab tahun 1-3, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sukatan pelajaran Bahasa Arab JQAF. Di samping perkataan, ia juga dilengkapi dengan ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab untuk dijadikan rujukan pada pelajar. Kamus ini baharu sahaja diterbitkan selepas Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment