Followers

Tuesday, June 9, 2009

Kenduri Kahwin


Macam biasa... setiap kali datangnya musim cuti sekolah, maka ramailah yang melangsungkan majlis kenduri kahwin. Namun, sesuatu yang sepatutnya dibuat 'muhasabah' ialah mengapakah majlis kenduri kahwin yang diadakan itu masih lagi dilangsungkan dalam suasana yang tidak 'berkat' iaitu dengan adanya perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Contohnya ialah majlis persandingan, karaoke dan sebagainya. Bukannya tidak boleh kalau nak bergembira di hari perkahwinan... tetapi biarlah ia selari dengan hukum syarak. Nak sewa 'deejay' pun boleh, tapi biarlah lagu-lagu yang dipasang itu hanyalah nasyid dan seumpamanya yang tidak menghakis 'keberkatan' majlis.

Bersanding pula kadang-kala menjadi acara wajib. Masyarakat kita sebenarnya sudah faham hukum bersanding itu, tetapi tetap diadakan dengan alasan untuk mengikut 'masyarakat'. Ibu bapa pengantin (termasuk ahli surau dan masjid) yang ditanya tentang persoalan ini, hanya berlepas tangan dengan mengatakan : "nak buat macam-mana, ini kehendak anak-anak". Seolahnya anak yang 'control' ibu bapa.... Bukannya ibu bapa yang menentukan majlis yang diadakan di rumahnya sendiri... mengapakah terjadi sedemikian???

4 comments:

  1. saya setuju dengan ustaz....
    alangkah sejuknya hati sekiranya sepanjang majlis tu, kedengaran selawat nabi ke.. nasyid2 ke.. zikir ke kan?? Cuma sy ada nak tanya sikit la.. kalau ada budak2 kompang sambil mengiring pengantin tu kan.. selawat nabi tak pe kan ustaz?

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Paluan kompang dalam kenduri kahwin adalah diharuskan oleh syarak bagi menzahirkan kegembiraan

    ReplyDelete
  3. Jika di pantai timur, suasana perkahwinan kebanyakannya yang pernah saya hadiri tiada sesi karaoke dan persandingan. Cuma di lembah klang ini, memang itu seperti agenda WAJIB ada...Suasana "Bina Masjid" sudah tercemar kerana mengikut adat dan 'tidak malu' apabila melanggar peraturan yang telah agama tetapkan.
    (Jumpa Ustaz sesi kuliah di IPT sabtu nanti)

    ReplyDelete
  4. Di Utara Kedah semasa zaman saya kahwin thn 90 tidak ada upacara bersanding mahupun karaoke namun sekarang budaya tersebut seolah kembali..bila ditanya kepada ibu bapa ...ala sekali seumur hidup....

    ReplyDelete