Followers

Monday, April 1, 2013

Pantang Ibu Bersalin






Soalan

Apakah benar pantang bagi ibu yang bersalin itu adalah 40 hari? Bagaimanakah sekiranya darah yang keluar selepas melahirkan anak datang selama 30 hari sahaja, apakah seseorang ibu itu perlu menunggu lagi 10 hari untuk membolehkannya solat?

Jawapan:

Perlu dibezakan di antara pantang syarak dan pantang adat. Sememangnya dalam masyarakat Melayu, ibu yang bersalin dikehendaki ‘berpantang’ selama 40 hari atau 44 hari. Namun begitu, ‘pantang adat’ ini tiada kena mengena dengan berpantang mengikut syarak. Hal ini kerana menurut hukum syarak, ibu yang melahirkan anak dikehendaki berpantang iaitu dilarang kepadanya untuk  menunaikan solat, berpuasa, membaca serta memegang al-Quran, bertawaf, ‘bersama’ dengan suami dan duduk di dalam masjid selagi dia belum suci. Kesucian itu ditentukan oleh darah yang datang selepas melahirkan anak. Apabila darah itu berhenti, maka hendaklah ia mandi hadas besar dan baharulah dikira suci pada ketika itu. Selagi darah belum berhenti dan selagi belum mandi hadas besar, maka seseorang ibu itu masih dikira berada dalam kedaan berpantang menurut syarak. Oleh yang demikian, apabila darah sudah berhenti pada hari yang ke 30 datangnya darah nifas, maka si ibu hendaklah mandi hadas besar untuk membolehkannya menunaikan solat, tanpa perlu ditunggu 10 hari lagi. Kadar maksima dating darah nifas ialah 60 hari. Justeru, sekiranya masih ada lagi darah selepas 60 hari, maka ia dianggap darah istihadah atau darah penyakit. Maka si ibu hendaklah mandi hadas besar dan menunaikan solat.

5 comments:

  1. soalan: bagaimana pula ibu yg bersalin cara pembedahan, sedangkan luka pembedahan tidak boleh terkena air utk dia mandi wajib? adakan perlu mengikut tempoh sehingga luka pembedahan sembuh/sudah boleh kena air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy juga melahirkan semua anak dgn cara pembedahan iaitu 3x,luka pembedahan apabila sudah dibuka 'plasternya' iaitu biasanya hari ke-3, kita dah boleh mandi seperti biasa,cuma kita kena pastikan dibahagian luka itu dikeringkan dgn baik,jgn dibiarkan dlm keadaan lembab utk mengelakkan jangkitan kuman.

      Delete
  2. Salam..ibu yg keguguran dan masih keluar darah selepas kejadian tadi. Adakah perlu solat atau tunggu sehingga kering darah tersebut dan perlu mandi hadas.

    ReplyDelete
  3. Salam. Pada pengetahuan saya. Sekarang ini tidak kira bersalin d hospital kerajaan @ swasta. Mereka gunakan kaedah gam. Maksudnya tempat luka boleh kena air macam biasa. Jadi tiada masalah untuk mandi.

    ReplyDelete