Followers

Wednesday, May 18, 2011

Menanam Tebu di Bibir Mulut


Ada sebuah kisah pada zaman dahulu berkaitan dengan seorang lelaki kaya yang bernama `Urqub yang tinggal di Yathrib (al-Madinah al-Munawwarah) yang memiliki beberapa kebun tamar. Orang kaya tersebut mempunyai saudara lelaki yang miskin. Pada suatu hari, saudara lelakinya itu datang kepadanya memohon sedikit bantuan. Lalu lelaki kaya itu untuk memberi buah tamar di kebunnya kepada saudaranya itu dengan syarat saudaranya itu sanggup menunggu sehingga buah tamar itu masak. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila masak sahaja buah tamar tersebut, ``Urqub telah mengambil buah itu untuk dirinya sahaja tanpa memberikannya langsung kepada saudaranya itu sebagaimana yang dijanjikan. Justeru, selepas peristiwa itu, sesiapa sahaja yang memungkiri janji akan disebut sebagai Janji `Urqub . Dalam bahasa Melayu mungkin boleh dikatakan sebagai : "Menanam tebu di bibir mulut".

No comments:

Post a Comment