Followers

Tuesday, May 10, 2011

Sumpah Laknat @ Li'an

Sumpah laknat atau li'an hanya berlaku dalam kes suami isteri., iaitu apabila suami menuduh isterinya berzina serta mendakwa bahawa dia dapat melihat aksi tersebut secara jelas tetapi tidak mampu mengajukan empat orang saksi kecuali hanya dirinya sendiri maka diwajibkan li'an di depan hakim syarie untuk membuktikan kebenaran dakwaannya dan menyelamatkan dirinya daripada had qazaf.

Dan turut li'an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan dirinya daripada tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina. Setelah selesai, maka terputuslah hubungan perkahwinan secara fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin semula sepanjang hayat mereka.

Firman Allah dalam surah al-Nur ayat 6-9:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ* وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ * وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ* وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِين

6. Dan orang-orang Yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang Yang benar; -

7. Dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta.

8. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa suaminya (yang menuduh) itu Sesungguhnya adalah dari orang-orang Yang berdusta; -

9. Dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang Yang benar.

No comments:

Post a Comment